,
Laman Utama

MITI Sahkan Info Sektor Dibenarkan Operasi Dalam Tempoh ‘Total Lockdown’ Palsu

Fiza Kamarudin
29/05/2021
05:40 MYT
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengesahkan info grafik menyenaraikan sektor dibenarkan beroperasi tempoh 'total lockdown' Fasa Pertama bermula 1 hingga 14 Jun ini sebagai palsu.
Miti menerusi hantaran di laman sosial Twitter berkata, pihak mereka tidak pernah mengeluarkan sebarang info berhubung perkara tersebut.
Katanya, senarai itu akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya MITI.
Info grafik berkenaan tular di media sosial selepas pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun 2021.
Kandungan info grafik yang ditularkan menyatakan tentang beberapa sektor ekonomi dan perkhidmatan yang dibenarkan sepanjang ‘total lockdown’ termasuk peruncitan, kesihatan dan pengangkutan awam.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan dalam tempoh itu semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan yang disenaraikan MKN.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan Covid-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Survive Dengan Duit Simpanan, Shiha; "Kami Ni Kalau Tak Bekerja Tiada Duit Masuk, Tapi Mujurlah ..."

gempak
20/07/2021
12:01 MYT
Shiha bersyukur...
Laman Utama

COVID-19: 10,710 Kes Baharu, Johor Catat Peningkatan Membimbangkan

gempak
18/07/2021
08:55 MYT
Alhamdulillah kes menurun.
Laman Utama

Sultan Muhammad V Titah Jangan Rentas Negeri, Ramai Mula Balik Ke Kelantan Hari Ini!

gempak
17/07/2021
11:50 MYT
Bawa balik virus sekali ke tu?
Laman Utama

COVID-19: 12,528 Kes Baharu, Kes Keseluruhan Lepasi Angka 900,000

gempak
17/07/2021
08:52 MYT
Lindung diri, lindung semua.
Laman Utama

COVID-19: 12,541 Kes Baharu Direkodkan Hari Ini, Perlis Catat 7 Kes

gempak
16/07/2021
08:26 MYT
Cepatlah sembuh, Malaysia.