,
Laman Utama

Misteri Kehilangan Taikun Hartanah Terungkap, Badan Dikerat Gergaji & Disumbat Dalam Peti Sejuk

Maliah Surip
13/07/2023
07:20 MYT
Misteri kehilangan seorang taikun hartanah sejak 4 Julai lalu di Thailand terungkai dengan penemuan anggota badannya yang dikerat lalu disumbat ke dalam sebuah peti sejuk.
Taikun kelahiran Jerman bernama Hans Peter Mack, 62, sudah beberapa tahun menetap di Thailand dan berkahwin dengan wanita dari negara Gajah Putih, Piraya Boonmak, 24. Mack juga telah memiliki kerakyatan Thailand sejak beberapa tahun lalu.
Mayatnya ditemui di dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa di Selatan Thailand sekitar pukul tengah malam pada 11 Julai 2023, demikian kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa seperti dilaporkan CNA.
Menurut laporan sama, pihak berkuasa berjaya menjejaki kehilangan Mack menerusi rakaman CCTV. Mereka bagaimanapun tidak memperinci butiran yang lain.
Namun menerusi pendedahan yang dibuat pihak media tempatan, sebuah peti sejuk warna putih telah dibawa dalam trak hitam.
Malah foto di tempat kejadian yang tersebar memperlihatkan ada gergaji, air dan beberapa botol.
Selain penemuan mayat, sejumlah wang juga telah dikeluarkan daripada akaun Mack sepanjang kehilangannya.
Kronologi kes mendakwa Mack kali terakhir dilihat memandu kereta jenis Mercedes di kawasan Pattaya sebelum dilaporkan hilang. Kereta tersebut kemudian ditemui di parkir dalam keadaan ‘bersih’ seperti suspek mahu menghapuskan bukti.
Isterinya membuat laporan kehilangan Mack sehari selepas suaminya tidak pulang ke rumah dan menawarkan sejumlah wang kepada individu yang dapat menjejaknya.
Mack didakwa keluar bertemu rakan perniagaan dari negaranya untuk membincangkan tentang penjualan dua hartanah termasuk sebuah kolam.
Pihak berkuasa juga telah berjaya menahan rakan niaga Mack untuk soal siasat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Terkini

Anggota Trafik Alami Simptom Hilang Memori Selepas Kemalangan

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Anggota parah selepas bertembung dengan motosikal lain di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini ketika penugasan Ops Samseng Jalanan pada 28 Julai lalu kini bergelut dengan simptom kehilangan memori.
Berita

Remaja Merajuk Lari Masuk Hutan Ditemui Selamat

gempak
30/08/2024
15:30 MYT
​Seorang remaja yang dilaporkan lari ke dalam hutan berhampiran Taman Belimbing Harmoni, Alor Gajah pada malam Khamis ditemukan selamat.
Berita

Polis Minta Bantuan Kesan Mohd Ridzlan, Hilang Sejak 12 Ogos

gempak
20/08/2024
06:39 MYT
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di daerah ini.
Berita

Disangka Hilang, Rupanya Terperangkap 9 Jam Dalam Lif

gempak
20/08/2024
06:25 MYT
Dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif sebuah apartmen di Desa Petaling pada Isnin.