Laman Utama
#MissK: Nikoh-Nikoh Gi La, Bo Lah Dramaaaa!
Tarik nafas, tahan 15 saat dan lepassss! Nak mula membebel pun rasa ‘sekok’! Gituwww…Miss K ambil feel gadis-gadis kelate la.
Baru konti nak cerita fasal dua usahawan berjaya berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Rasanya bila tengok tajuk je pun semua orang dah bole teka Miss K nak bercakap tentang apa.
Dua tiga minggu Miss K tengok banyak betul rentatan berita tentang kisah percintaan penuh liku Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal.
Miss K bukan jeles tapi rasanya ‘enough’ la ek? Terlalu banyak publisiti mengenai pasangan ini. Awal-awal dulu Miss K tengok ramailah yang memuji tapi hujung-hujung ni nampaknya dah terbalik pula.
Yang netizen pun mulut memang tak bedung. Main cakap ikut suka hati. Di pihak satu lagi pula (DSV & Iqbal) pula Miss K tengok pun boleh tahanlah…
Sampai terdetik dalam hati yang dorang ni bercinta betul-betul atau sekadar marketing? Miss K rasa kalau dari awal DSV dan Iqbal dan terlalu expose mesti okay!
Minta maaf kalau DSV dan Iqbal terasa, Miss K bukan tidak sokong kalau you all nak kahwin, malah Miss akan tumpang gembira.
Cuma dah sampai masa DSV dan Iqbal tak perlulah lagi tonjolkan kisah peribadi kot. Kesian Miss K tengok Iqbal dan DSV yang terpaksa telan kata-kata negatif setiap hari.
Tak elok untuk mental health tau! Lebih baik DSV dan Iqbal selesaikan apa-apa masalah dalaman yang berlaku secara senyap dan kalau ada jodoh, Insya-Allah akan bersatu jua.
Jangan salah faham niat Miss K ya DSV, Iqbal…Miss K sentiasa menyokong apa sahaja yang you all lakukan, tapi kali ni Miss K minta maaf.
Nikoh-nikoh gi la kalu doh jodoh. Tapi tok soh la duk drama koksey! (Kahwin la kalau dah jodoh, tetapi tak perlu drama berlebih-lebih)…
Miss K doakan semoga pintu hati Cik B dan Kacak terbuka untuk terima ‘ayah’ baru dalam hidup mereka.
Kepada DSV dan Iqbal, kalau niat baik…Insyaallah dipermudahkan. Jangan risau, kalau orang luar tak tak tahu kisah ‘dalam kain’ you all…Sebab bukan they all pun yang tentukan jalan hidup DSV dan Iqbal nanti.
Apa pun Miss K doakan, semoga DSV dan Iqbal naik pelamin juga macam Zizi Kirana dan Yusof Bahrin…Sweetkan, ‘know-know nikah already’…
MissK: Lagi senang nikah rahsia, terlebih jaja ramai pula yang judge. Semak!
Must-Watch Video