,
Viral

Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

Gempak
29/06/2024
04:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang dia telah berjaya meraih RM55,000 menerusi misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) yang dimulakan semalam.
Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq berkata yang dana tersebut berjaya dikumpulkan hanya dalam tempoh 24 jam.

RM55,000

“Dalam tempoh 24 jam, kita berjaya meraih RM55,000 untuk Muar. I owe it to all of you. From the bottom of my heart, thank you.

“Ramai yang sanggup tunggu di tepi jalan. Dari yang tua ke yang muda. Berbilang bangsa dan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: "Kesabaran Akan Bawa Ketenangan" - Syed Saddiq Beri Kata-Kata Semangat Buat Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Naik Bulu Roma Azhar Sulaiman Dengar Hukuman Yang Diterima Syed Saddiq!

ARTIKEL BERKAITAN: "Malaysia Nak Buat Konsert Pun Banyak Halangan"- Syed Saddiq Anggap Singapura Bijak Bagi Coldplay Buat Persembahan 6 Hari!

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing Kesayangan Syed Saddiq Mati - "Toby, May You Rest Well In Cat Heaven"

“Bila kaki nak cramp, dengar sahaja sorakan sahabat semua… hilang terus cramp dan semangat naik semula. You guys are seriously amazing!” tulisnya.
Pada Khamis, Syed Saddiq memaklumkan misi Langkah Muar diadakan sebagai tanda protes berhubung isu peruntukan kepada pembangkang.
Menurut beliau, dana yang diraih itu nanti adalah bagi membiayai pembukaan dan operasi pusat khidmat rakyat Parlimen Muar, serta pembelian bakul makanan, tablet dan laptop.
Larian sejauh 200km dari Muar ke Parlimen itu dijangka berakhir pada Isnin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Sahkan Banduan Terima Rawatan Lari Dari Hospital Sungai Buloh

gempak
19/09/2024
01:53 MYT
Seorang banduan memiliki lapan rekod jenayah dan dadah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh pada Rabu.
Hiburan

Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"

gempak
22/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon jelita Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha mendedahkan dua pembantu rumahnya yang melarikan diri malam tadi sempat mencuri kepingan duit raya yang disimpannya di rumah.
Hiburan

Ayu Raudhah Terkejut Pembantu Rumah Lari - "Saya Sedang Berpantang Rumah Che Ta, Tiba-Tiba…"

gempak
21/08/2024
13:34 MYT
Pelakon, Ayu Raudah terkejut dua pembantu rumah melarikan diri ketika dia sedang berpantang di rumah kakaknya, Rozita Che Wan.
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.