,
Hiburan

Misha Omar Dedah Bibir Anak ‘Kenan’ Gincu Merah Masa Hamil

Syafiqah Jalal
25/08/2020
05:42 MYT
Penyanyi Misha Omar dedah bibir anaknya, Muhammad Idris Ezzwa kelihatan sangat merah ketika baru dilahirkan.
Misha berseloroh bibir merah anaknya itu kemungkinan kerana dia suka memakai gincu merah ketika hamil.
“Tak perlu filter bila warna bibir dia masa tu sangat on point hahaha.
“Terima kasih kepada ibu saya yang aktif menyanyi sambil kendong saya ke sana ke sini pakai gincu merah je manjang 4 tahun yang lalu.
“Dia rasa dia lawo kot pakai listip terang2 gamaknya. So bibir merah tu maybe kenan sebab dia suka nau listip merah..wallahuallam..,” katanya.
Misha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya ketika dilahirkan.
Kemas kini itu dilakukan khas sempena ulang tahun kelahiran anaknya semalam.
“Nama saya Muhammad Idris Ezzwa,..Gambar ni masa umur saya sehari, sengaja saya kecilkan mata tu untuk nampak kacak.
“Harini (semalam) hari jadi saya yang ke 4 tahun. Since Ibu saya ramai kawan-kawan kat sini, makanya saya hijack phone dia nak mintakla doa dari kawan-kawan Ibu semoga saya membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang pintar, jadi manusia yang berguna, jadi lelaki yang baik..
“Ibu saya kata kekadang dia geram dengan saya sebab saya ni agak garang dan kurang sabar. Jadi doakan la supaya garang saya ni berkurangan atau pun boleh doa supaya ibu saya kekal sabar seperti sedia adanya,” katanya lagi.
Misha dan suami, Firroz Ezzwan Rossly mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak Muhammad Idris Ezzwa yang berusia 4 tahun, serta Muhammad Adam Emir, 14 dan Humaira Lateefa, 8 tahun.

No filter needed when your lip color was so on point.. haha!!! ?? Thanks to my mum since she was actively singing kendong saya ke sana ke sini pakai lipstik merah je manjanggg 4 tahun yang lalu ..dia rasa dia lawo kot pakai listip terang2 gamaknya. So bibir merah tu maybe kenan sebab dia suka nau listip merah..wallahuallam.. . Nama saya Muhammad Idris Ezzwa,..Gambar ni masa umur saya sehari, sengaja saya kecikkan mata tu..untuk nampak hensemm ??? harini harijadi saya yang ke 4 tahun.. Since Ibu saya ramai kawan-kawan kat sini, makanya saya hijack phone dia nak mintakla doa dari kawan-kawan Ibu semoga saya membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang pintar, jadi manusia yang berguna, jadi lelaki yang baik..Ibu saya kata kekadang dia gewam dengan saya sebab saya ni agak garang dan kurang sabar ?? .. jadi doakan la supaya garang saya ni berkurangan..atau pun boleh doa..supaya ibu saya kekal sabar seperti sedia adanya...???. . Terima kasih kawan-kawan Ibu saya.. . ❤ ,.. . Muhammad Idris Ezzwa or u can call me Billie...saya suka tukar2 nama saya ni bergantung kepada situasi..kadang Rich , kadang Cody...??? ..

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Unitar