gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
GAYA HIDUP
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
RANCANGAN
Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

MISA Lahirkan Pelajar Mahir Dalam Sektor Maritim, Minyak & Gas, Sasar 550 Pengambilan Tahun Ini

gempak
Gempak
25/03/2023
14:38 MYT
Sponsor Banner
MISA Lahirkan Pelajar Mahir Dalam Sektor Maritim, Minyak & Gas, Sasar 550 Pengambilan Tahun Ini
Satu berita baik telah diumumkan oleh Ranaco Marine Sdn. Bhd. (Ranaco Marine) apabila pihaknya telah menjalin kerjasama strategik dengan Akademi Kemahiran Perindustrian Malaysia (MISA) untuk pengambilan pelajar dalam bidang maritim, minyak dan gas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Marine, Ahmad Firdhaus Ramlan, sudah menjadi tanggungjawab MISA untuk menyebar luas lima kursus berkaitan maritim, minyak dan gas yang ditawarkan pihaknya.
“MISA merupakan rakan strategik yang terlibat secara langsung dalam hebahan iklan tawaran kursus, sesi penerangan dan temuduga calon pelajar Ranaco Marine.
“Kami menyasarkan kemasukan sekurang-kurangnya 550 pelajar bagi kesemua lima kursus ditawarkan sepanjang tahun ini,” katanya di kampus Ranaco Marine di Jakar, Kemaman baru-baru ini.
Terdahulu beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Fatimah Hussin di kampus Ranaco Marine.
Tambah Ahmad Firdhaus lagi, Ranaco Marine merupakan pusat latihan maritim, minyak dan gas swasta yang menawarkan kursus peringkat sijil dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
“Walaupun cuma peringkat sijil dan singkat, modul latihan kami amat komprehensif dan diperakui pemain industri tempatan. Kita sentiasa membuka ruang generasi muda selaras dengan saranan kerajaan untuk memperkasa latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET),” katanya
Topic Berkaitan
#Maritim
#Aakademi Kemahiran Perindustrian Malaysia
#MISA
#Oil and Gas
#Ranaco Marine
Must-Watch Video