,
Laman Utama

Mira Filzah Berkepit Dengan Anak 24 Jam, Pembantu Terpaksa Balik Kampung - “Susah Hati Nak Kerja Selagi…”

Asyikin Mayudin
30/12/2022
00:50 MYT
Pelakon Mira Filzah memberitahu buat masa kini dia lebih mengutamakan anaknya Wan Khair Amir memandangkan pembantunya terpaksa pulang ke kampung halaman selama lebih dua bulan.
Tidak mengambil sebarang tawaran dan acara, Mira memuji kehebatan para ibu yang menjaga dan menguruskan anak-anak tanpa pembantu.
“Sejak akhir-akhir ini kurang update sebab helper dah balik dua minggu lalu. Ada emergency. Balik untuk dua bulan lebih. Mama dengan Amir saja 24 jam.
“Tak ada event, tak shoot. Saya tak tahu macam mana ibu-ibu lakukan, tapi MashaAllah hebatnya mommies yang jaga anak-anak sendiri tanpa pembantu,” kongsi Mira di Instastory miliknya.
Tambah Mira lagi, dia memilih untuk tidak mengambil ‘babysitter’ memandangkan dirinya susah untuk membina kepercayaan terhadap seseorang itu.
Menganggap ada hikmah disebalik apa yang sudah diaturkan, Mira memberitahu dia akan membawa anak sulungnya bersama pergi ‘work trip’ pada Januari nanti.
“Bukan tak nak panggil babysitter datang harian tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Kita dah bina kepercayaan dengan pembantu kita baru kerja untuk lima bulan dah kena balik.
“Dia bagus sangat Alhamdulillah. Tapi Allah Maha Mengetahui. IsyaAllah ada hikmah yang baik-baik. Mama pula nak mula kerja balik. Nanti nak bawa Amir pergi ikut Mama work trip Jan ni.
“Nak tinggal, macam tak boleh. Nanti Mama yang cry. Bila dah jaga Amir sendiri ni lagi berat hati nak tinggalkan dia. Lagi attached.
“Susah hati nak kerja selagi tak jumpa pengganti helper yang baik dan boleh jaga Amir, sayang Amir mem anak sendiri. Semoga Allah temukan kita dengan orang yang baik okay Amir?
“Semoga Allah beri Amir helper yang baik, bertanggungjawab, sayang Amir dan paling penting jujur dan ikhlas nak kerja. Aminn YRA,” kata Mira.
Untuk info, Mira selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz pada 3 September 2020 dan mereka dikurniakan cahaya mata bernama Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar