,
Sukan

Minum Air Basuhan Kaki Ibu Rahsia Atlet Indonesia Ini Raih Emas Di Olimpik

Gempak
11/08/2024
02:55 MYT
Atlet angkat berat Indonesia, Rizki Juniansyah berjaya mengharumkan nama Indonesia apabila merangkul pingat emas dalam acara angkat berat kategori 73 kilogram (kg) di Sukan Olimpik Paris.
Rizki berjaya melakukan angkatan 354 kg secara keseluruhan meliputi angkatan 'snatch' 155 kg dan 'clean and jerk' sebanyak 199 kg.
Kejayaan itu membolehkan dia mengukir sejarah sebagai atlet angkat berat pertama Indonesia meraih pingat emas di Sukan Olimpik selain turut mencatat rekod Olimpik bagi 'clean and jerk' dengan angkatan 199 kg.

Minum Air Basuhan Kaki Ibu

Pencapaian itu sebenarnya dibantu dengan 'ritual' yang dilakukan Rizki sebelum pertandingan di mana dia mencuci kaki ibunya dan kemudiannya meminum air basuhan kaki ibunya itu.
Perkara itu didedahkan olehnya ketika bertanding pada Kejuaraan Piala Dunia IWF 2024 di Thailand dan dia mengakui perkara itu memberikan kekuatan tersendiri untuknya.

"Sebelum saya mengikuti apa-apa kejuaraan, saya akan mencuci tangan dan kaki ibu dengan air lalu saya minum air basuhan itu.

"Setiap kali saya mencium kaki dan mencuci kaki ibu lalu minum air itu, saya rasa berkat," katanya.
Namun, ritual itu hanya sebagai simbolik kepada tindakan atlet itu yang jelas memuliakan ibunya.
Rizki dan ibunya sememangnya menjalin hubungan yang rapat dengan ibunya turut hadir menyaksikan pertandingan anaknya di Paris.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Kandas Acara Keirin, Ini Penjelasan Azizulhasni Awang...

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Azizulhasni Dibatalkan Penyertaan Dalam Pusingan Pertama

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Botswana Cuti Separuh Hari Rai Kemenangan Pingat Emas Sulung Hadiah Dari Letsile Tebogo

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Menang Emas, Imane Khelif Tegaskan Dirinya Wanita Tulen!

Ibunya, Yeni Rohaeni juga adalah atlet angkat berat dan begitu juga ayahnya, Mohammad Yasin yang juga bekas atlet angkat berat kebangsaan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin

gempak
16/09/2024
07:55 MYT
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.