gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Disindir Rakan Artis? Saidah Kamarudin No Problem! Malas Nak Layan - “Jika Saya Berada Di Tempat Mereka…”
HIBURAN
Isu Bau Badan, Ada Sebab Scha Elinnea Pilih Untuk Tak Tegur - “Saya Rasa Yang Ada Bau Badan Tahu Je Mereka Berbau Cuma…”
HIBURAN
Nabil Ahmad Terkejut Anak Sulung Didakwa Sudah Sedang Bercinta - “Dari Haritu Saya Dengar Orang Cakap…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Minta Noorkhiriah Review Produk Aset Wanita, Jangan Sampai Naik Van Jenazah Guys!

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
21/06/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Minta Noorkhiriah Review Produk Aset Wanita, Jangan Sampai Naik Van Jenazah Guys!
Pelakon Noorkhiriah sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk tidak menerima atau melakukan produk reviu yang melibatkan aset wanita atau hubungan kelamin.
Noorkhiriah berkata dia tetap dengan pendiriannya meskipun mahu dibayar lebih mahal.
“Mohon baca.. akak ulang balik apa yang pernah akak bagitahu dulu sebab masih ada yang DM (mesej peribadi) minta akak review produk sedemikian..
“Korang tak ada perasaan segan ke suruh akak review produk macam tu..maaf dik walaupun dalam ekonomi yang tak berapa best sekarang..pendirian akak tetap tak nak review produk membesar menegang pastu nak peluk-peluk segala tu..
“Simpan malu tu dik sebab akak memang tak nak..Tak payahlah DM puluh kali walaupun korang bayar mahal..,” tegasnya.
Pelakon popular drama Nur itu berkongsi luahan hatinya di akaun Instagram(IG) miliknya.
Tambah Noorkhiriah lagi, dia berasa segan dan tidak mahu menanggung dosa jika menerima tawaran produk rebiu tersebut.
“Walaupun video yang korang bagi menutup aurat tapi bila klik kt IG korg..maaf cakap..segala macam gunung ganang keluar..
“Lagipun akak segan..video yang korang bagi tu walaupun mungkn sah pompuan lelakinya tapi aksinya tak sedap mata mandang..
“Bahu kiri kanan tak balance lagi..dah nak tambah dosa lagi review produk gitu..rasa penat gak pikir dunia yang tak penah habis dengan duit-duit..maka apa yang ada dalam keadaan sekarang syukur.
“Kalau korang suh gak akak review..akak hantar van jenazah kutip produk korang..nak?..kalau tak ada rasa malu kat diri sendiri tapi rasalah malu dekat Allah,” jelasnya.
Terdahulu, beberapa selebriti tanah air telah dikecam peminat dan netizen gara-gara memuat naik video berbaur lucah selepas membuat produk reviu aset wanita.
View this post on Instagram
A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17)
Topic Berkaitan
#wanita
#noorkhiriah
#Lucah
#Dibayar
#Review Produk
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement