,
Laman Utama

Minho Belajar Ambil Gambar Dengan Jurugambar Profesional Demi Mendalami Watak Dalam The Fabulous

Izwan Isa
24/12/2022
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon dari Korea, Choi Minho mendedahkan yang dia sanggup mempelajari teknik fotografi demi mendalami karakter yang di galas dalam siri terbaharu The Fabulous.
Anggota kumpulan K-Pop SHINee itu memegang watak sebagai Ji Woo Min, seorang jurugambar profesional industri fesyen.
"Saya belajar fotografi untuk drama ini dan kerana saya selalunya berada di depan kamera sepanjang waktu.
“Saya selesa di depan kamera tetapi berada di belakang kamera juga cukup bagus sebab saya ada banyak masa untuk mengambil gambar… justeru saya sangat teruja untuk memegang watak ini," ujar Minho.
Minho berkata demikian dalam sidang media virtual The Fabulous yang berlangsung pada Rabu.
Dalam menyediakan diri untuk watak itu, Minho mempelajari teknik fotografi daripada jurugambar dalam usaha menunjukkan pelbagai emosi dalam karakternya yang diharapkan turut dirasai penonton.
“Emosi sangat penting dalam menterjemahkan karakter saya ini. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk belajar sendiri teknik mengambil gambar daripada jurugambar profesional,” katanya lagi.
The Fabulous sudah boleh distrim bermula 23 Disember di Netflix. Drama ini berkisar tentang impian, cinta, dan persahabatan empat orang yang disatukan oleh rasa cinta mereka pada dunia fesyen.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Onew Janjikan Kejutan Buat Peminat Sempena Fanmeeting Solo Perdananya, Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia

gempak
17/05/2024
14:55 MYT
Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia pada 27 Julai depan di Stadium Malawati, Shah Alam.
Hiburan

Polis Evo 3 & Projek: High Council Kini Boleh Distrim Di Netflix!

gempak
18/03/2024
14:55 MYT
Polis Evo 3 dan Projek: High Council boleh distrim menerusi aplikasi Netflix di Astro Ultra & Ulti Box.
Terkini

Najib Mahu Man On The Run Dikeluarkan Daripada Netflix

gempak
08/01/2024
05:27 MYT
Datuk Seri Najib Razak menerusi peguamnya, memohon pihak pendakwaan mengambil tindakan segera dengan mengarahkan perkhidmatan penstriman Netflix, mengeluarkan filem dokumentari Man On The Run yang sedang ditayangkan di negara ini
Laman Utama

Disiplin Persiapkan Baju Untuk Seminggu, Siapa Macam David Beckham?

gempak
10/10/2023
14:45 MYT
David Beckham diketahui mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Laman Utama

Eksklusif Bersama Jamie Dornan, Cerita Tentang Heart of Stone, Gal Gadot & Kembara 6 Negara!

gempak
17/08/2023
03:22 MYT
Gempak berkesempatan menemubual bintang Hollywood, Jamie Dornan pada Jun lalu yang membintangi filem Heart of Stone terbitan Netflix.