gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor

gempak
Ainun Md Zooki
12/07/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor
Pelakon baharu, Arfie Shah, berkongsi pengalamannya berlakon dengan Datuk Rosyam Nor menerusi drama siri Astro Originals, X-Change.
Menurut Arfie, sebagai pelakon baharu, sudah tentu dia berasa sangat gementar ketika mula-mula digandingkan bersama dengan pelakon legenda tersebut.

Hero Malaya

“Ketika sampai di lokasi penggambaran, saya cuba tukar mindset yang Datuk Rosyam merupakan manusia biasa. Tapi, apabila nampak sahaja beliau, saya berasa terkedu dan rasa gementar terus memuncak. Maklumlah, dia kan Hero Malaya.

“Pada minggu pertama penggambaran, saya dan Datuk Rosyam tidak bertegur sapa. Ketika itu, saya fikir ia merupakan salah satu cara pelakon menjiwai watak. Tambahan pula, saya sendiri tak tahu nak bercakap dengan dia macam mana.

“Tapi lama-lama kami mula berborak dan Datuk Rosyam melayani saya dengan baik. Rupanya, Datuk Rosyam hanya bergurau. Beliau hanya mahu uji keberanian saya untuk berlakon bersama,” kongsi Arfie.

BERITA TRENDING: “Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

BERITA TRENDING: Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan
BERITA TRENDING: Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!
BERITA TRENDING: "Kalau Muka Handsome Tapi Tak Ada Bakat, Tak Ke Mana Juga" - Rosyam Nor Dalam masa sama, Arfie turut memberitahu yang dia mula berasa selesa bekerjasama dengan pelakon yang disegani ramai itu.
“Masa itu, Datuk Rosyam lain sangat. Tak sangka, dia seorang yang kelakar. Dia betul-betul seorang yang lain,” katanya lagi.
Sekadar info, Arfie Shah membintangi siri drama premium terbitan Astro Shaw yang berjudul X-Change sebagai Khalif.
Selain itu, Arfie Shah, drama X-Change turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama terbaru dari Astro Original X-Change bermula 12 Julai ini setiap hari jumaat di Astro Premier dan strim di Astro Go dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang:www.sooka.my
Topic Berkaitan
#pelakon
#Datuk
#hiburan
#Takut
#Kenang
#Gementar
#Shah
#Nor
#Rosyam
#Arfie
Must-Watch Video