“Mimpi Muka Ayah Tak Senyum…” - Jue Aziz Menangis Kenang Semula Kisah Penghijrahan
Pelakon Jue Aziz meluahkan rasa sebak sewaktu menceritakan semula kisah penghijrahannya.
Mimpi arwah bapa
Menerusi podcast SINAR, Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz, 42, berkongsi bahawa dia telah bermimpi melihat sosok bapanya, Allahyarham Abdul Aziz Maidin.
Keadaan yang berlaku di mimpi tersebut telah membuka hati Jue untuk nekad berubah ke arah yang lebih baik.
“Sewaktu itu bapa saya meninggal, esoknya saya mimpi nampak ayah saya dengan berkafan tapi muka ayah tak senyum.
“Saya cuba senyum kan tarik muka ayah guna tangan tapi masih tak senyum.
“Tengahari tu pergi kubur saya nampak ayah saya masih tak senyum, saya tanya dekat ayah, dia marah saya ke?
“Kakak saya cakap fikirlah kalau dah bersedia, dia macam bayangan adakah sebab saya tak tutup aurat.
“Masa tu saya diam, saya minta maaf semua saya cakap dekat kakak, ‘kak nanti teman pergi beli tudung’. Masa saya cakap itu cuaca jadi redup terus,” kongsinya.
@sinar_my Sehari selepas pemergian arwah abah, Jue Aziz terus mimpikan arwah tapi arwah abah tak senyum 😢 Itu yang membuatkan @JueAzizOfficial nak berubah untuk berhijab. Full video di Youtube SINAR #SINARKongsi #BorakSelebriti #fyp #xyzbcafypシ #fypシ゚ #xyzbca ♬ original sound - SINAR
Selain itu, pelakon filem Hantu Bonceng itu juga menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan orang sekeliling yang sentiasa menyokong dirinya ketika proses penghijrahan tersebut.
“Saya rasa macam indahnya dikelilingi orang dan adik beradik yang baik.
Tak pernah paksa, hina dan bersabar sebab ada sesetengah yang mungkin akan menghukum sebab kita tak sempurna,” ujarnya lagi.
Sekadar info, ayah Jue Aziz meninggal dunia pada tahun 2015 akibat serangan jantung.