,
Laman Utama

Mimifly Nafi Dah Kahwin

Amri Hassan
14/09/2022
04:56 MYT
Penyanyi Mimifly menafikan dakwaan dirinya telah mendirikan rumah tangga bersama teman lelaki warga asing kelahiran Amerika Syarikat.
Tegas Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 36, dia dan jejaka berkulit hitam itu masih dalam proses mengenali hati budi biarpun melewati usia tiga tahun ketika ini.
"Belum... Tengah cuba mengenal hati budi kan. Ya, ada jumpa keluarga dia. Tak adalah, mana ada kahwin.
"Sudah tentu kalau borak benda ni (kahwin) dengan mama, kenalah beritahu. Tapi ada masanya rasa nak simpan untuk diri sendiri.
"Sehingga kini saya sedang menikmati hubungan ini, menyeronokkan. Tak perlu nak fikir soal kahwin. Saya pun pernah berkahwin dan bercerai, jadi saya tak fikir pun tentang berkahwin.
"Hubungan jarak jauh tiada masalah bagi kami. Saya boleh fokus bekerja, dia pun sama. Hubungan kali ini mengajar saya untuk treat pasangan dan diri sendiri serta kerja," ujarnya kepada Gempak.
Mimi ditemui pada majlis Global Hearing Care Centre - Hearing Screening With the Stars di ViPod Residences, Kuala Lumpur pada Selasa.
Hubungan Mimi dan lelaki yang bertugas sebagai doktor pakar tulang belakang itu mula menjadi buah mulut apabila penyanyi itu secara terbuka berkongsi foto-foto bersama ketika bercuti. Bagaimanapun, hubungan mereka terjalin secara jarak jauh.
Baru-baru ini pula Mimi melawat keluarga lelaki berkenaan di Dallas, Amerika Syarikat selama tiga minggu.

Mimifly tak trauma dengan perkahwinan

Tidak trauma dengan perkahwinan terdahulu, tambah Mimi, dia bagaimanapun mahu mengenali pasangannya tanpa ada ragu-ragu sebelum memutuskan untuk berkahwin.
"Bukan trauma, tapi ada trust issue. Sebab kita dah tahu, ada fasanya. Lepas cerai saya ambil masa untuk menilai dan mempertimbangkan banyak hal. Saya seronok dengan kehidupan saya, saya berjumpa pasangan yang sama-sama sibuk.
"Sepanjang berada di sana (Dallas), keluarganya layan saya baik sangat, dah macam keluarga sendiri. Hal itu penting bagi saya. Sebenarnya saya suka hubungan yang ada energi bagus," tambahnya.

Mimifly akan pindah Amerika Syarikat?

Mimi juga masih belum merancang seandainya perlu untuk berpindah ke Dallas apabila mereka mengikat hubungan ke fasa lain lebih serius.
"Saya cuba kenal dia dalam masa tiga minggu baru-baru ini, sebelum ini jumpa sekejap saja. Tapi apa yang boleh saya katakan, saya pun happy di sini, saya ada keluarga.
"Tak tahulah nanti kalau kena pindah sana. Saya rasa dia tahu dia tak boleh buat macam tu pada saya. Saya buat apa yang saya nak. Dia pun take it easy," ujarnya.
Terdahulu, Mimi pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hollywood

Tak Pernah Beli Rumah, Will.i.am Hanya Tidur Di Hotel

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Pemuzik Will.i.am mengaku meski sudah berusia 49 tahun dan memiliki kekayaan, dia masih tidak mempunyai rumah.
Hiburan

Aset Pasha Ungu Didedahkan, Ada 17 Kenderaan Sampai 8 Bangunan

gempak
20/11/2024
12:55 MYT
Vokalis kumpulan Ungu, Pasha diketahui kembali berkhidmat kepada negara apabila dilantik sebagai anggota anggota DPR RI 2024-2029 dan bertugas di Komisi VIII.
Unitar