,
Laman Utama

Mila Jirin Nasihat Majikan Jangan Lewat Bayar Gaji Pekerja - “Mereka Juga Ada Komitmen Perlu Dibayar”

Mya Amri
25/11/2023
13:54 MYT
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berpendapat majikan seharusnya membayar gaji pekerja mengikut masa yang ditetapkan.
Menurut Mila, ini kerana para pekerja juga memiliki komitmen tertentu yang perlu dibayar dan dilaksanakan mengikut tarikh tertentu.
“Kenapa bayar gaji lambat? Simpan duit dalam akaun syarikat dan release tujuh hari bulan kepada team-team, ada dapat additional interest ke? Tak ada kan.
“Jadi tak perlulah bayar gaji lambat, walaupun kita sebagai majikan ada indicator sebelum tujuh hari bulan tapi janganlah kita bayar gaji team kita enam hari bulan, tujuh hari bulan.
“Mereka sama juga macam kita ada pelbagai komitmen, nak bayar kereta, loan rumah, personal, PTPN, mereka perlu bayar mengikut due date mereka.
“Cuba bayangkan disebabkan kita lambat bayar gaji, kita telah menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk membayar repayment loan mereka contohnya.
“Tapi kalau kita bayar awal gaji mereka setiap bulan, kita dapat membantu untuk memastikan mereka dapat membayar segala loan loan komitmen mereka on time.
“Jadi mereka tak akan kena sebarang penalti pada bank. Kita mudahkan urusan mereka,” jelas Mila menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Mila juga berkata membayar gaji awal boleh menjadi salah satu motivasi kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih produktif.
“Kata nak team berikan produktiviti yang tinggi, tapi kita sendiri tak main peranan untuk memberikan mereka motivasi agar mereka menjadi lebih produktif.
“Kita kena bagi mereka gembira bekerja dengan kita. Dia adalah win win situation, awak gembira saya gembira.
“Sebenarnya bila kita bayar gaji on time itu adalah salah satu petanda aras untuk mereka jadi self motivated.
“Itu yang kita nak, bila mereka motivated, insya-Allah dengan izin Allah pasti mereka akan memberikan hasil kerja yang baik,” ujarnya.
Di bawah merupakan video penuh Mila:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

gempak
10/09/2024
02:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed menegur sikap netizen yang dianggap seolah-olah sentiasa mencari keburukan dirinya.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.
Hiburan

Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

gempak
05/09/2024
00:37 MYT
Usahawan kontroversi, Nur Sajat tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja dapat bertemu dengan dua anak angkatnya, Syahmi dan Syaza selepas empat tahun berpisah.
Hiburan

Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

gempak
03/09/2024
12:25 MYT
Selepas hampir tiga tahun berpisah, akhirnya hajat usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi tercapai.
Berita

Lelaki Ditahan Rosakkan Kereta Mewah Bekas Majikan

gempak
30/08/2024
19:23 MYT
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki bertindak merosakkan kereta mewah bekas majikannya kerana dipecat daripada pekerjaannya, Rabu lepas.