,
Hiburan

MIFFest-7 Lantik Bront Palarae Duta Rasmi & Zizan Razak Lembaga Penasihat, Angkat Tema Uncaged!

Amri Hassan
08/03/2024
13:46 MYT
Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-7 (MIFFest) bakal berlangsung pada 21 hingga 28 Julai 2024 dengan mengangkat tema Uncaged.
Lebih istimewa, festival terbabit melantik pelakon berkarisma, Bront Palarae sebagai duta rasmi.
Kata Presiden dan Pengasas MIFFest, Joanne Goh, pihaknya sentiasa melihat MIFFest bukan sekadar festival namun ibarat satu perayaan.
"MIFFest sudah memasuki tahun ke-7, satu pencapaian yang menarik dan membanggakan.
"Saya sentiasa melihat MIFFest bukan sekadar festival mahupun perayaan, tetapi sebagai komitmen, komitmen untuk memupuk komuniti yang lebih baik, memupuk landskap pembikinan filem yang lebih sihat, dan memupuk adegan seni organik yang lebih bertenaga," ujarnya.
MIFFest punyai aspirasi untuk memperkaya budaya Malaysia dan meraikan bukan sahaja filem, tetapi landskap seni dan kreativiti yang lebih luas.
Duta MIFFest-7, Bront pula menyifatkan festival itu menjadi acara 'gathering' tahunan penggiat seni.
"Festival ini melambangkan perjumpaan semula tahunan, tradisi yang dihargai bagi meraikan hubungan yang telah kami bina dan pencapaian keseluruhan," katanya.
Selain Bront, MIFFest turut melantik Zizan Razak sebagai Lembaga Penasihat selepas bergelar juri pada tahun lalu.

BERITA TRENDING: Wakili Malaysia Sebagai Juri MIFFest Ke-6, Zizan Razak Harap Impak Positif Terhadap Industri Perfileman Tanah Air

BERITA TRENDING: Zizan Razak Dilantik Panel Juri Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6 - "Dia Versatil, Pelakon…Selain itu, MIFFest-7 turut menjalin kerjsama strategik dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan kerjasama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin melahirkan rasa terujanya terhadap kerjasama ini.
"Kami sangat teruja untuk bergabung tenaga dengan MIFFest untuk edisi tahun ini. Perkongsian ini merangkumi visi bersama kami, memupuk bakat dan mempamerkan kemeriahan pawagam Malaysia kepada Dunia. Saya sangat teruja dan sangat menantikannya," katanya.
MIFFest ke-7, berlangsung pada 21-28 Julai 2024, di The Exchange TRX dan GSC Cinema. Manakala Malam Kemuncak Anugerah pada 27 Julai 2024 di Auditorium Seri Angkasa, Angakasapuri Kota Media.

PILIHAN PEMBACA: MIFFest Edisi Ke-6 Bakal Terbangkan Bintang Terkemuka Dunia Sebagai Tetamu Istimewa

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.