,
Hiburan

MIFFest 2024: Filem ‘Abang Adik’ Berjaya Rangkul Dua Anugerah Utama, Ini Senarai Pemenang Anugerah Global Emas Malaysia 2024

Gempak
28/07/2024
03:55 MYT

Filem 'Abang Adik' telah memenangi dua anugerah utama pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke- 7, yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri malam tadi.

Filem yang mengetengahkan hubungan antara dua anak yatim tanpa pertalian darah itu, berjaya membawa pulang anugerah untuk Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Senarai pemenang

Berikut merupakan senarai pemenang bagi kategori utama:

  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Kangren Wu dari Taiwan
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dimenangi oleh Jack Tan dari Malaysia.
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik diberikan kepada pelakon asal Jerman, Aenne Schwarz bagi lakonannya dalam filem 'Every You, Every Me'.
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik diberikan kepada pelakon China You Junfen untuk peranannya dalam 'The Great Phuket'.
  • Filem 'Every You, Every Me', arahan Michael Fetter Nathansky telah dinobatkan sebagai Anugerah Filem Terbaik
  • Anugerah Pengarah Terbaik dikongsi bersama oleh pengarah Iran Alireza Ghasemi dan Raha Amirfazli untuk filem mereka 'In The Land of Brothers'.
  • Pelakon, penyanyi dan pengarah Hong Kong Nick Cheung menerima Anugerah Kecemerlangan dalam Filem.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat MIFFest telah disampaikan kepada pembuat filem Jepun Hirokazu Kore-eda dan pelakon dan penerbit Indonesia Christine Hakim.

Sekadar info, Filem Abang Adik diterbitkan More Entertainment Sdn Bhd dan New Century Southward Development Co Ltd dan diedar mm2 Entertainment.

BERITA TRENDING: Jack Tan Berjaya Raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) Ke-7
BERITA TRENDING: #Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai
BERITA TRENDING: #Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou
BERITA TRENDING: #Gold: Jack Tan Akui Susah Mainkan Watak Liek Hou, Ambil Masa Enam Bulan Untuk Latihan Badminton

Untuk rekod, Jack Tan juga merupakan bintang utama filem Gold berkisarkan tentang pemain badminton yang menghidap kebas saraf brakial.

Filem aksi sukan, Gold menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Farid Kamil, Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.

Sinopsis Gold:

Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.

Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.