gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Dah Lama Berjauhan, Netizen Setuju Pasangan LDR Kena Berjumpa - "Wajib Sekerap Mungkin.."
HIBURAN
Nilam Ortiz Buang Silikon Hidung, Mahu Cari Ketenangan - “Lepas Ni Buang Tatu & Hapuskan Dosa-Dosa Dulu”
HIBURAN
Halim Othman Syukur Mampu Jalani Hidup Selesa Selepas Bersara - "Saya Tidak Ada Dalam..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”

gempak
Asyraf Roslan
16/05/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Tempelak Pasangan Dedah Aib Rumah Tangga Secara Live - “Dah Gila Agaknya…”

Pengarah drama, Michael Ang, meluahkan rasa kurang senang terhadap trend pasangan suami isteri yang mendedahkan isu rumah tangga secara terbuka di media sosial terutamanya menerusi siaran langsung.

Menerusi perkongsiannya di platform Threads, pengarah drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar dan memalukan.

“Satu dah senyap, muncul pula satu lagi. Dah gila agaknya suami isteri dekat Malaysia ni, kalau ya pun nak gaduh off la live tu dulu.

“Kalau diorang minta maaf dan bagi alasan b*doh, confirm ni gimmick dan marketing je. Sampai tahap keluar TV ni.
“Macam-macam eh Malaysia ni, drama tv pun kalah. All i can say is Girls have some pride and brains,” tulisnya di Threads.
Pada masa sama, Michael juga mempersoalkan tindakan individu yang mendedahkan aib dan hal peribadi secara terang-terangan tanpa rasa malu.
“Korang ni tak tahu malu ke, ni dah melampau sangat cakap hal-hal peribadi secara langsung. Biar betul,” tambahnya.

Terdahulu, usahawan, Siti Jamumall sekali lagi diceraikan oleh suaminya iaitu personaliti media sosial yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah.

Siti Jamumall atau Siti Suriani Wahiddin, 26, bukan sahaja diceraikan dihadapan ahli keluarganya malah momen itu turut disiarkan secara langsung menerusi live TikTok.

Topic Berkaitan
#Michael Ang
#Siti Jamumall
#Aiman Tak Kisah
Must-Watch Video