HIBURAN
Michael Ang Suruh Move On, Tegur Jangan Jadi Bitter, Cik Epal Balas - “Tak Ada Pula Saya Menyalak Sibuk Mengulas Kes Orang Lain”
Pengarah, Michael Ang menegur tindakan seorang pempengaruh wanita yang secara terbuka mengutuk bekas suaminya di media sosial selepas lelaki itu kembali mendirikan rumah tangga.
Kurang senang tindakan beremosi
Bagaimanapun rata-rata netizen percaya pempengaruh wanita yang ditegur itu adalah Cik Epal memandangkan dirinya kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.Menerusi hantaran di Instagram, Michael menyatakan rasa kurang senang melihat tindakan wanita itu yang dilabel sebagai terlalu beremosi.
“Korang ada tengok tak kat tik tok ada satu janda asyik buat video pasal ex dia. Kutuk kaw kaw punya. “Dan sekarang bekas isteri dia wish dengan bitter sekali kat ex dia yang baru kahwin. Mulut dia ya rabbi aku pun angkat tangan mengaku kalah!” luahnya.
Nasihat jangan bitter, move on
Malah Michael juga turut menegur penggunaan bahasa yang agak kasar digunakan oleh wanita itu.“Seburuk-buruk perangai aku tak la aku panggil orang bibik dekat bakal mak jugak dekat anak-anak kau. “Dari kes-kes ni kita dah boleh nampak lelaki Malaysia takut kahwin sebab terlalu banyak perempuan bitter sampai macam tu,” coretnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Tak Ada ‘Class’ Sebab Perli Bekas Suami, Cik Epal Bidas Netizen - “Aku Tak Pernah Hadap ‘Validation’ Orang Untuk Nampak ‘Classy’”
Dalam pada itu, Michael menjelaskan tindakan seperti itu bukan sahaja memalukan diri sendiri, malah boleh memberi kesan buruk terhadap anak-anak kelak.“Satu nasihat lah dah kena ganti atau cerai terima sahaja dan move on aja lah. Cakap-cakap banyak makes you all look like a bitter dumb bit*h.
“Lagi baik angkat kaki dengan megah and proof dia buat pilihan salah! Apa yang korang buat, tulis semuanya kekal di Internet selama-lamanya.
“Malu doh anak-anak you all Nanti! Mesti kena carut dekat sekolah dengan kawan-kawan ada mak ting tong macam ni!” tegasnya.

Cik Epal beri komen balas
Bagaimanapun tidak cepat melatah, Cik Epal tampil memberikan komen balas terhadap hantaran tersebut menerusi aplikasi Threads.“At least saya cerita hal saya sahaja. Tak ada pula saya menyalak sibuk mengulas kes orang lain,” balasnya.

Terdahulu, Cik Epal mendapat perhatian netizen selepas berkongsi ucapan tahniah buat Jofliam.
Bagaimanapun menerusi perkongsian di IG, Cik Epal didakwa seakan-akan menyindir bekas suaminya dengan isteri baharu yang dikenali sebagai Dewi.
ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Berbahagia Hingga Ke Neraka” - Cik Epal
ARTIKEL BERKAITAN:Jofliam & Dewi Sah Bergelar Suami Isteri
ARTIKEL BERKAITAN:Cik Epal Bakal Dedah Kebenaran Tentang Kereta Mustang Jofliam - “Bila Dia Dah Mula Bawa Beti** Hamak Naik Memang Aku Tak Benarkan”
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Tutup Buku, Dewi Mahu Buat Sumpah Laknat - “Saya Bukan Penyebab Rumah Tangga Awak Hancur”
Terdahulu, Dewi didakwa sebagai individu yang menjadi punca kepada perpisahan antara Jofliam dan bekas isterinya, Cik Epal.
Jofliam kemudian mengakui menjalin hubungan cinta dengan Dewi serta memaklumkan bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal berkahwin pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.
Namun, selepas 10 tahun bersama, mereka disahkan bercerai tahun lalu.
Must-Watch Video