gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
"Beri Ruang PDRM Siasat Terperinci Kes Kematian Zara Qairina" - Fadhlina
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Anak Saudara Semakin Menyerlah, Sheila Abdull Bangga Dengan Prestasi Darling - “Harap Dia Dapat…”
HIBURAN
Tak Mahu Ada Salah Faham, Whulandry Herman ‘Minta Restu’ Isteri Aiman Hakim Ridza Sebelum Penggambaran Bad Cop
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Michael Ang Dakwa Jurugaya Terkenal Lari Dari Bayar Hutang Hampir 9 Tahun - "Mak You Cakap Ada Beberapa Report Polis Pasal ..."

Amri Hassan
Amri Hassan
02/06/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Dakwa Jurugaya Terkenal Lari Dari Bayar Hutang Hampir 9 Tahun - "Mak You Cakap Ada Beberapa Report Polis Pasal ..."
Pengarah terkenal, Michael Ang, tampil secara terbuka di media sosial mendedahkan sikap seorang jurugaya terkenal yang didakwa lari daripada membayar hutangnya.
Dalam satu hantaran di Threads, Michael menyatakan bahawa dia sudah hilang sabar selepas hampir sembilan tahun memberi peluang untuk menyelesaikan urusan hutang yang tertunggak.
“Aku tak tahu apa nak cakap pasal kau. After this posting, you settle la dengan orang yang aku hantar to collect my money.
"Peluang aku dah bagi bukan sehari or sebulan but dah 9 tahun. Pada yang DM aku pasal dia, aku tak nak ambik tahu atau involved. Bagi aku, orang ni aku dah erased. Pandai-pandailah you nak hidup!” tulisnya.
Michael turut mendapatkan kebenaran daripada ibu jurugaya berkenaan sebelum mendedahkan identiti individu itu, dengan syarat tidak melibatkan ahli keluarga lain.
“Aku rasa kau memang ingat aku tak berani expose you siapa. Anyway, mak you dah bagi kebenaran untuk expose you siapa, dan mak you mintak satu aje, jangan libatkan husband dan anak perempuan dia.
"Mak you jugak cakap yang you ada beberapa polis report orang report pasal you. Ingatkan aku aje, rupanya ada orang ramai lagi kena,” tambahnya.
Michael turut kesal kerana mengabaikan amaran daripada individu lain sebelum ini mengenai sikap sebenar jurugaya terbabit.
“I guess almost 10 years ago orang bagitahu aku jangan percaya kau sebab kau pernah ada kes curi duit kat set orang. Aku tetap bagi kau peluang adalah satu kesalahan I.
"Anyway, tak payah la nak contact aku atau pun nak jaja kisah drama 7pm you. Aku biarkan pemungut hutang settle dengan you! Bagi aku, you are deleted and erased from my life!
"Pandai-pandailah kau hidup ya. Menunjuk kejayaan atau kekayaan kat social media boleh buat kau rasa bangga dan menipu orang luar silakan dan teruskanlah,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Michael Ang (@michaelang38)
Sehingga kini, belum ada sebarang respons balas daripada pihak yang disebut. Namun, hantaran tersebut telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial.
Topic Berkaitan
#Viral
#Michael Ang
#Polis
#Hutang
#Stylist
#Report
#Jurugaya
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement