gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hampir 3 Dekad Menyanyi, Dayang Nurfaizah Terima Anugerah Khas Borneo
HIBURAN
Hadapi Masalah Kesihatan, Hafiz Suip Tak Dapat Adakan Persembahan Di Konsert MeleTOP TVS
HIBURAN
Syahrini Terima Penghargaan UNESCO Di Acara Filem Cannes 2025 - “Penghargaan Ini Menjadi Dorongan Saya Untuk Kembali Aktif…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Michael Ang Berang, Harap Pemandu Honda Jazz Dapat Hukuman Berat - “Kalau Ni Anak Aku, Aku Sendiri Hantar Ke Polis, Kurung Dalam Jail!”

gempak
Mya Amri
09/03/2025
21:55 MYT
Sponsor Banner
Michael Ang Berang, Harap Pemandu Honda Jazz Dapat Hukuman Berat - “Kalau Ni Anak Aku, Aku Sendiri Hantar Ke Polis, Kurung Dalam Jail!”
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa geram susulan isu pemandu kereta Honda Jazz yang melanggar lampu isyarat sehingga mengakibatkan kemalangan maut membabitkan dua remaja.

Hukuman berat

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Michael berharap agar pihak polis dapat menjalankan tanggungjawab dengan adil dan memberikan hukuman setimpal terhadap si pelaku.

“Pihak polis sila ya cek darah pemandu tu! Dan pihak kehakiman tolonglah hukum lagi berat, ini ada video kot!

“Dia memandu laju dan memang dia nak langgar lampu isyarat tu. Ni dah macam bunuh dengan sengaja!

“Orang macam ni sepatutnya kereta pun tak boleh naik atau bawa, dan hanya boleh jalan kaki sahaja,” luahnya.

Pantau anak-anak

View this post on Instagram
A post shared by Michael Ang (@michaelang38)
Dalam hantaran yang sama, Michael juga dengan tegas mengingatkan ibu bapa supaya tidak membenarkan anak-anak memandu tanpa lesen.

“Ibu bapa tolonglah, kalau tak ada lesen janganlah bagi anak anda memandu atau menunggang motosikal.

“Kalau ini anak aku, aku sendiri hantar anak aku ke polis dan suruh dia kurung dalam penjara!” coretnya.

Terdahulu, dalam kejadian Khamis lalu, kemalangan berpunca daripada sebuah kereta jenis Honda Jazz yang dipandu remaja berusia 18 tahun dari arah Senawang menuju ke Paroi, gagal mematuhi lampu isyarat merah lalu merempuh dua buah motosikal dari arah sebelah kiri.
Kemalangan tersebut menyebabkan Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15, dan pemboncengnya, Muhammad Aswari Lotpi, 16, maut di tempat kejadian.
Empat individu lain iaitu pemandu dan penumpang kereta Honda Jazz serta penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda Vario mengalami cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Michael Ang
#Polis
#Marah
#Pemandu
#Langgar
#Lesen
#Honda Jazz
#Hukuman Berat
Must-Watch Video