Laman Utama
Michael Ang ‘Annoying’ Netizen Busy Body Wanita Niqab Bersolek; "Takkan Nak Jadi Kassim Slamat Amek Garfu Cucuk Mata Dia”
Kecoh baru-baru ini di laman sosial mengenai isu wanita berniqab tetapi mengenakan solekan pada bahagian mata sehingga menyorot perhatian pengarah terkenal Michael Ang untuk tampil menyuarakan pandangannya.
Menerusi kemaskini di Instagram, Michael mempersoalkan mengapa masih wujud sikap segelintir pihak yang kurang senang melihat wanita yang memakai niqab bersolek.
“Setahu saya bila orang dah berhijab atau berniqab, kita (masyarakat) patut puji dan doakan yang baik-baik.
“Tapi dekat Malaysia semua ada sahaja yang tak betul sampai orang dah berniqab pun nak complain kata mata orang itu menggoda.
“Kalau mata tak cantik, make up macam mana pun tetap tak cantik. Tapi tuhan dan bagi mata dia cantik nak buat macam mana, tak kan nak jadi Kassim Slamat ambil garfu cucuk mata dia,” kongsi Michael.
Dalam pada itu, pengarah drama bersiri The Maid 2 itu sempat menasihatkan netizen untuk kekal bertenang dan lebih baik memikirkan masalah lain yang lebih penting isunya untuk diselesaikan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan Michael itu.
Must-Watch Video