,
Laman Utama

MFMF Selesa Karya Muzik Lebih Dikenali Berbanding Diri Sendiri

Asraf Aided
14/12/2021
13:40 MYT
Kumpulan MFMF, lebih selesa jika karya muzik yang dihasilkan lebih dikenali berbanding diri mereka.
Menurut Brendan Lim, dia dan dua anggota lain, Justin Seow dan Zen tidak menolak kemungkinan ada yang menyangka MFMF merupakan nama seorang individu sahaja.
Namun tiga jejaka itu tidak kisah dengan tanggapan demikian kerana apa yang pasti, mereka sentiasa bersatu.
"MFMF yang bermaksud Music For My Friends, kami tak kisah kalau ada yang ingat MFMF ini satu orang bukannya kumpulan, tak mengapa.
"Kami lebih selesa kalau muzik kami yang lebih dikenali berbanding diri kami, itulah perkara yang lebih penting.
"Kalau orang ingat MFMF adalah nama seorang, dua orang atau tiga orang, kami bertiga tetap rasa seperti kami bersatu umpama satu sahaja," katanya.
Dalam pada itu, MFMF yang aktif menggubah dan menghasilkan lagu buat penyanyi terkenal tempatan seperti Nabila Razali, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi itu berhasrat untuk membawa muzik tanah air ke persada antarabangsa.
"Kami masih baru dalam industri, kami gembira dan berterima kasih kepada ramai artis yang telah bekerjasama dengan kami, misalnya Hael Husaini yang membuka jalan kami dalam industri muzik Melayu dan ramai lagi.
"Selepas ini, kami akan terus berkarya dalam industri muzik tempatan dan akan membawa muzik tanah air kita ke luar negara.
"Kami mahu tunjukkan bahawa anak-anak muda di Malaysia boleh hasilkan standard antarabangsa dan bertanding," tambah Brendan.
Dalam perkembangan terbaru, MFMF kini tampil dengan single berjudul Rindu.
Lagu tersebut dihasilkan dalam tiga bahasa iaitu Korea, Mandarin dan Bahasa Melayu.
Untuk versi Bahasa Melayu, lagu tersebut juga menampilkan kolaborasi bersama rapper Airliftz dan Alex Ungku.
Bagi ketiga-tiga versi, MFMF bukan sahaja berperanan sebagai komposer malah turut menjadi penyanyi latar.
Rindu versi Korea menampilkan penyanyi Korea Selatan Jimmy Brown dan dilancarkan dahulu pada 29 Oktober lalu diikuti versi Mandarin dua minggu berikutnya.
Rindu versi Bahasa Melayu pula dilancarkan pada 26 November lalu.
BACA: Tampil Dengan Lagu Baru Dalam Tiga Bahasa, MFMF Target Masuk Industri Hiburan K-Pop!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.