,
Sukan

MFL Buat U-Turn, Denda Selangor FC RM100,000 Jadi RM60,000 & …

Maliah Surip
27/06/2024
13:05 MYT
Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadap Selangor FC susulan ketidakhadiran pasukan itu ke Perlawanan Sumbangsih pada 10 Mei lepas.
Menerusi satu kenyataan pada Khamis, pertimbangan terhadap keputusan itu dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kurangkan Denda

Justeru, Ahli Lembaga Pengarah MFL memutuskan untuk mengurangkan denda kepada The Red Giants daripada RM100,000 kepada RM60,000.
Begitupun, bayaran pampasan kerugian yang ditanggung pasukan tuan rumah JDT dan MFL dikekalkan.

"Jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan...

Jelasnya, MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya.
Selain itu, pemotongan tiga mata yang dikenakan sebelum ini juga dibatalkan.
“Walau bagaimanapun, jika Selangor FC mengulangi kesalahan yang sama, maka kes ini akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib dan hukuman yang lebih tegas dan keras boleh dikenakan,” memetik kenyataan tersebut.
Larangan kemasukan penonton ke perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga dibatalkan.
Keputusan itu bermakna penonton dibenarkan untuk menghadiri perlawanan tersebut.
Menerusi kenyataan terbaharu itu, Selangor masih berpeluang untuk membuat rayuan terhadap semua hukuman dikenakan.
“Tempoh untuk membuat rayuan adalah selama tiga (3) hari daripada tarikh surat ini (27 Jun 2024) seperti yang termaktub dalam Aturan 4, Kaedah 3, Kaedah-kaedah Badan Penguatkuasa Peraturan, Manual Liga Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

BERITA TRENDING:Sultan Selangor Murka Keputusan MFL, Kecewa Dengan FAM & Presiden FAM

Astro AWANI pada Rabu melaporkan Sultan Selangor murka dan kecewa dengan keputusan MFL yang mengenakan denda terhadap pasukan Selangor FC, serta menganggapnya tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.
Titah Sultan Sharafuddin dalam kenyataan pada Rabu, baginda menganggap keputusan itu tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku.

​BERITA TRENDING:Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

Baginda menyatakan hukuman denda RM100,000, bayaran pampasan, pemotongan tiga mata, dan perlawanan tanpa penonton sebagai tidak masuk akal dan berlebihan, apatah lagi kemenangan telah diberikan kepada pasukan lawan.

​BERITA TRENDING:Steady, Altimet Pun Nak Tolong Bayar Denda RM100, 000 Yang MFL Kenakan Ke Atas Selangor FC

Baginda juga amat kecewa dan sangat dukacita dengan keputusan ahli-ahli MFL serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Dalam pada itu, Hamidin pada Khamis memaklumkan pihaknya sudah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin, berhubung 'teguran' daripada baginda, semalam.

​BERITA TRENDING: Liga Super 2024/2025: Selangor FC Didenda RM100,000, Hilang Tiga Mata

Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Sukan

Muak Jadi Pemain Profesional, Bekas Bintang Manchester United Tak Kisah Jadi Posmen - “Saya Boleh Ambil Anak-Anak Balik Sekolah Setiap Hari”

gempak
22/11/2024
06:33 MYT
Bekas pertahanan Manchester United, Marnick Vermijl mengakui dia sudah muak dengan bola sepak profesional.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Berita

Penjawat Awam Negeri Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

gempak
17/11/2024
10:30 MYT
Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat.
Viral

Direka Dengan Gabungan Warna Ceria, 'Raja Tun Uda Library' Tersenarai Di Tempat Ke-10 Perpustakaan Tercantik Di Asia

gempak
10/11/2024
07:40 MYT
Tular di media sosial senarai carta perpustakaan tercantik di seluruh Asia dan menariknya Perpustakaan Raja Tun UDA yang terletak di Shah Alam turut tersenarai.
Unitar