,
Laman Utama

MetMalaysia Ramal Pantai Timur Alami Hujan Sangat Lebat Hingga Rabu Ini

Gempak
18/12/2022
21:14 MYT
Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan hingga Rabu ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia, dalam kenyataan terkini memaklumkan amaran cuaca tahap bahaya itu diramalkan berlaku di seluruh Kelantan serta Terengganu manakala di Pahang melibatkan Jerantut dan Kuantan.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling, bagi tempoh yang sama.
Amaran cuaca tahap bahaya itu turut dijangka berlaku di daerah Hulu Perak, Perak sementara bagi Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Maran, Pekan dan Rompin.
Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan cuaca hujan berterusan tahap waspada di Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah dan seluruh Pulau Pinang hingga Rabu ini.
Selain itu, amaran tahap waspada itu dijangka berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar); Pahang (Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru), menurut kenyataan itu. -BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Badai Perak, Sabah & Labuan

gempak
17/09/2024
04:50 MYT
Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang diramalkan membadai Perak, Sabah dan Labuan hingga jam 1 tengah hari ini.
Viral

Ikan Paus Bungkuk Pertama Kali Muncul Di Perairan Pulau Redang!

gempak
15/09/2024
15:06 MYT
Seekor ikan paus yang muncul di perairan Pulau Redang, Terengganu, dipercayai daripada spesies Humpback Whale (Megaptera novaeangliae) atau digelar paus bungkuk.
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Gaya Hidup

PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"

gempak
09/09/2024
08:25 MYT
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.