,
Laman Utama

MET Malaysia Mengeluarkan Amaran Hujan Lebat, Ribut Petir Di Beberapa Negeri Hari Ini

Shahrin Zulkifle
10/10/2022
07:00 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Selangor yang merangkumi kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta Putrajaya dan Melaka.
Dua lagi negeri adalah Negeri Sembilan meliputi Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Terdahulu, beberapa buah negeri lain seperti Sabah dan Kedah dilaporkan sedang berdepan bencana banjir diberapa buah kawasan.
Semua mangsa telah dipindahkan ke kawasan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan bantuan pihak berkuasa.
Sumber Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.