,
Laman Utama

Meskipun Tiada Penonton Di Stadium, STL 2020 Janjikan Kemeriahan Saingan!

Asraf Aided
19/09/2020
09:47 MYT
Aksi mendebarkan Sepak Takraw League (STL) 2020 kembali biarpun tanpa sorakan dan tepukan gemuruh penonton ekoran penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, STL tetap menjanjikan kemeriahan saingan yang dinantikan peminat yang boleh menyaksikannya di Astro Arena (saluran 802 HD) dan platform digital.
Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur menjadi medan baru pertarungan bermula dengan persaingan STL Divisyen 1 pada 8 September lalu dan STL Premier League pada 18 September.
Sementara itu, STL Champions Cup pula bakal diadakan di Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru selama 10 hari bermula 23 November nanti.
Menteri Belia dan Sukan, DatuK Seri Reezal Marican Naina Merican berkata, STL kini menjadi antara acara sukan yang sentiasa dinanti-nantikan pada setiap musim. Kehangatannya bukan sahaja dirasai oleh peminat sukan tempatan, malah peminat dariu luar negara.
"Kerjasama strategik Astro bersama PSM sejak tujuh tahun lalu berjaya membawa kebangkitan semula sepak takraw di kalangan anak muda tempatan.
"Penyiaran secara langsung STL memberi nafas baru kepada sukan ini ditambah dengan corak permainan yang hebat telah menarik minat peminat dari luar negara menonton sepak takraw dan trending di media sosial.
"Dengan adanya liga kompetitif seperti ini membuka peluang terbaik buat pemain muda tempatan membuktikan kemampuan dan melahirkan lebih ramai jaguh yang mencapai standard pemain kebangsaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay pula berkata, semua peminat boleh menyaksikan STL di rumah bersama keluarga di Astro Arena (saluran 802 HD) dan menerusi Astro GO. Stadium Astro dan Arena YouTube.
"Kita ingin membawa STL menjelajah seperti musim lalu dan menjemput pasukan jemputan dari negara serantau untuk STL Champions Cup nanti, namun kita terpaksa akur dengan penularan pandemik yang melanda ketika ini.
"Saya berharap semua pemain menunjukkan disiplin diri yang tinggi dan mengikut SOP di gelanggang mahupun di luar gelanggang.
"STL pada musim lalu berjaya mencatat jumlah tertinggi 6 juta penonton, sementara rekod pendigitalan pula mencatat 6 juta tontonan di laman web Stadium Astro," katanya.
STL 2020 merangkumi saingan STL Premier, STL Divisyen Satu dan STL Champions Cup sebanyak 10 pasukan akan berentap masing-masing dalam saingan STL Premier dan lapan pasukan di STL Divisyen 1, manakala STL Champions Cup menghimpunkan enam pasukan teratas dari Premier dan dua pasukan teratas dari Divisyen 1, Bomba Fighter yang menjadi juara dan Putrajaya Cyborg di tempat kedua.
Saksikan STL 2020 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 5.00 petang serta PM bersama AM setiap Rabu, jam 10.30 malam di Astro Arena (saluran 802 HD) dan platform digital Arena.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

SINARENA 2024: Perlawanan Epik Sinar & Astro Arena Vs Pemain Legenda Sultan Selangor

gempak
26/08/2024
18:25 MYT
SINAR, dalam kerjasama dengan Astro Arena, telah berjaya menganjurkan acara Pesta Bola SINARENA 2024 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Viral

Pengulas Sukan Khairil Azwa Tak Sangka Tular, Ramai Tekejut Lepas Tahu Wajah Sebenar - “Mereka Gambarkan Saya Tua, Badan Berisi & Kepala Botak”

gempak
13/08/2024
03:55 MYT
Pengulas sukan yang menjadi kegemaran netizen, Wan Khairil Azwa Wan Jusoh, 33, tidak menyangka dirinya menjadi tular gara-gara mengulas mengenai perlawanan kontijen Malaysia di sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini
Hiburan

Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia Cipta Sejarah, Dinobat Juara Sepak Takraw Dunia!

gempak
22/05/2024
14:30 MYT
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Laman Utama

Segar & Ada Elemen Hiburan! Ini Hal Yang Menarik Tentang Sooka Super Series Volleyball

gempak
17/10/2022
05:26 MYT
Hebat persaingan ni!
Laman Utama

“Kelakar, Santai, Orang Kedah Sempoi” - Netizen Suka Ulasan Tan Boon Heong, Kumpul 34,000 Pengikut Di Twitter Dalam Masa Sehari!

gempak
30/07/2021
03:09 MYT
Jangan kanchiong guys!