,
Berita

Meruntun Hati! Netizen Sayu Lihat Video Tangisan Ibu Adam Rayqal

Kamaruddin Razal
05/07/2018
00:18 MYT
Potongan video yang memaparkan tangisan ibu kepada arwah Adam Rayqal Mohd Sufi meruntun hati netizen.
Video berdurasi 1:17 minit itu telah dimuat naik di laman YouTube Berita Harian dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata pengguna laman sosial berkongsi rasa sayu selepas menonton video terbabit.
Menerusi tinjauan di laman sosial, ramai pihak masih terkesan dengan tragedi yang menimpa bayi lelaki yang berusia lima bulan itu.
Kes terbabit terus menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.
Pada mulanya, Adam dilaporkan hilang dan didakwa telah diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.
Akhirnya, persoalan terjawab apabila jasad Adam ditemui mati di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor.
Mayat bayi comel itu ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.
Paling menyayat hati, bayi malang itu disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian bayi tersebut akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dan kesan retak di bahagian tempurung kepala.
BACA: Kes Adam Rayqal - Selebriti Turut Berkongsi Kesedihan & Rasa Kesal
Punca kematian Adam adalah disebabkan 'kecederaan di kepala akibat trauma objek tumpul' dan pihak polis masih menyiasat motif di sebalik kematian bayi itu untuk mengenal pasti sama ada didera ataupun sebaliknya.
Susulan kejadian itu, polis sudah menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka.
Ibu bapa Adam, Farrah Madihah Othman, 28, dan Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, membawa jenazah Adam pulang ke kampung halaman mereka di Kuala Terengganu.
Jenazah bayi itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu pada jam 10.30 malam tadi.
Teks: Kamaruddin Razal Sumber: Bernama, Instagram & YouTube Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.
Berita

Gara-Gara Mahu Menang iPhone, 4 Individu Sanggup Bogel Depan Orang Ramai

gempak
31/08/2024
23:55 MYT
Perbuatan empat orang individu menanggalkan pakaian di hadapan orang ramai untuk mendapatkan peluang memenangi telefon pintar iPhone telah mencetuskan kemarahan di Russia.
Berita

Tiga Kanak-Kanak Ditahan, Serang Rumah Pakai Busur & Anak Panah

gempak
22/08/2024
23:25 MYT
Perbuatan tiga kanak-kanak lelaki yang menyerang sebuah rumah dengan menggunakan  busur dan anak panah mengundang perhatian orang ramai.
Berita

Akibat Tak Diajak Selfie, Lelaki Tergamak Cekik Kekasih

gempak
22/08/2024
21:22 MYT
Seorang pemuda berusia 20 tahun ditahan kerana mencekik kekasihnya di dalam lif selepas berang dia tidak diajak untuk merakam swafoto bersama-sama.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.