,
Laman Utama

“Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Mohon Tindakan Selayaknya!

Hanafis Haris
30/03/2022
03:22 MYT
Tindakan seorang profesor yang didakwa menghina pelajar kurang berkemampuan atau golongan B40 terus mendapat perhatian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Menerusi satu kenyataan rasmi dikeluarkan hari ini, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Rasydan Mohd Hassan menyelar tindakan pensyarah berkenaan dan menyifatkan ia satu merupakan satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.
“Sejarah UiTM in juga dibina atas dasar untuk membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.
“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat oleh mana-mana pihak.
“Saya mewakili seluruh keluarga MP UiTM mendesak pengurusan tertinggi universiti untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan yang wajar dan selayaknya kerana pensyarah tersebut telah merosakkan imej universiti keramat ini,” katanya.
Tambahnya, pensyarah tersebut perlulah memahami keadaan negara yang sedang berhadapan dengan situasi pandemik yang menyebabkan hampir semua rakyat di Malaysia berhadapan dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil.
“Manifestasi yang sering disuarakan oleh pihak pengurusan universiti bahawa mahasiswa adalah tonggak universiti perlulah dizahirkan dengan mengambil tindakan tegas kepada pensyarah tersebut dan juga kepada mana-mana individu yang membuat tindakan sama selepas ini,” katanya.
Menerusi video berdurasi 1.45 minit itu, profesor berkenaan pada awalnya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya dia mempunyai komputer riba atau tidak.
Namun, disebabkan pelajar tersebut tidak mempunyai komputer, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuk pekerjaan ibu bapanya.
“Bapak kau kerja apa, mak dah tak ada? Bapak tak kerja? kau tak ada adik-beradik?
BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.