BERITA
Meriah Lain Macam! Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Dihadiri 10,000 pengunjung
Siri jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 melabuhkan tirainya pada 14 Februari selepas selamat menjelajah ke tiga lokasi utama iaitu Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan; Masjid Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Kedah; dan Masjid Sultan Ismail Petra, Kelantan.
Untuk pengetahuan, jelajah ni berlangsung di tiga buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan dari 1 Februari sehingga 14 Februari.
Dengan bertemakan "Meriah Lain Macam", edisi Ramadan Raya 2025 ini dianjurkan oleh Astro sebagai platform untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat Islam.
Acara ini telah dihadiri lebih 10,000 pengunjung bagi memeriahkan acara yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Agihan makanan kepada komuniti setempat, Sesi ramah mesra bersama selebriti, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna, tulisan khat & memanah serta cabutan bertuah.
Pengunjung yang datang juga dapat beramah mesra bersama duta RaRa 2025 iaitu Zizan Razak, Meerqeen, Mierul Aiman, Sherry Al-Hadad dan Nadhir Nasar.
Inisiatif Astro Kasih
Pada masa sama, Astro Kasih turut menyalurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan menerusi program kebajikannya. Sebanyak 300 pek prihatin yang mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan kurma diagihkan di tiga lokasi jelajah bagi meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan, khususnya menjelang Ramadan serta menyumbangkan 300 beg sekolah kepada Yayasan Munarah menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’, memberi peluang kepada mereka untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih semangat dan keyakinan.
Tawaran Astro One
Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, Astro One membawakan lebih banyak keriangan dengan kempen ‘Langgan dan Menang Macam-Macam’, menawarkan hadiah menarik bernilai sehingga RM200,000!
Dari 1 Februari hingga 26 April, para pelanggan yang melanggan Astro One di outlet terpilih di Seremban, Sungai Petani, dan Kota Bharu berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa melalui mesin Gachapon, termasuk televisyen, telefon bimbit, baucar membeli-belah, perkakas dapur, kurma dan banyak lagi.
Pelanggan sedia ada juga boleh menyertai kempen ini dengan menaik taraf kepada pakej Astro One atau menambah Astro Fibre. Bermula 14 Februari, kempen ini diperluaskan ke seluruh negara melalui kedai Astro, kiosk premium, trak, gerai terpilih, dan dalam talian. Jangan lepaskan peluang untuk menyambut perayaan dengan lebih meriah bersama Astro One!
Must-Watch Video