,
Gaya Hidup

Merentasi Dunia MCU - Ini 5 Perkara Menarik Tentang Pameran Marvel Studios: Ten Year of Heroes!

Hanafis Haris
01/07/2019
08:56 MYT
Minggu lalu, pameran Marvel Studios: Ten Year of Heroes telah mula dibuka kepada orang ramai selepas dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Buat pertama kalinya, peminat di Malaysia berpeluang untuk menyaksikan sendiri peralatan, kostum dan props ekskulsif yang digunakan dalam kebanyakan filem Marvel Cinematic Universe (MCU).
Persoalannya, apakah perkara yang menarik untuk diterokai di pameran terbabit?
Minggu lalu, Gempak berpeluang berkunjung ke sana dan ini lima perkara best yang anda perlu tahu!

#1 The Arc Reactor Iron Man

Pada yang mengikuti permulaan siri Iron Man pastinya tahu tentang fungsi ‘Arc Reactor’ yang menjadi sumber tenaga bagi sut pertama Tony Stark.
Menerusi pameran ini anda akan melihatnya dengan lebih dekat!

#2 Perisai Vibranium Captain America

Antara senjata paling ikonik dalam MCU!
Diperbuat daripada bahan paling tahan di muka bumi iaitu Vibranium, anda berpeluang melihat sendiri replika digunakan dalam filem Captain America: The First Avenger (2011).

#3 Gandingan Thor & Loki

Sebaik melangkah ke galeri ini, anda akan kagum apabila melihat tiga senjata ikonik dalam filem Thor dengan mata dan kepala sendiri!
Antaranya adalah penukul Mjolnir, Strombreaker serta Loki Scepter.

#4 Dunia Wakanda

Kostum Black Panther yang dihasilkan penuh perincian halus bakal membuatkan ada tergamam!
Malah, anda juga akan merasai sendiri pengalaman berbeza sebaik melangkah ke empayar Wakanda.

#5 End Game!

Tidak lengkap rasanya jika tidak melihat sendiri keenam-enam ‘Infinity Stones’ yang telah melenyapkan hampir separuh penduduk di muka bumi.
Menerusi galeri ini, anda boleh saksikan replika Nano Gauntlet yang digunakan oleh Hulk dan Iron Man dalam Avengers: Endgame.
Menarik bukan? Jadi bagi anda yang meminati kesemua watak terbitan Marvel, anda bolehlah berkunjung ke pameran khas ini.
Pameran berkenaan berlangsung sehingga 27 Oktober, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di Level 10, Pavilion Elite, Kuala Lumpur.
BACA: Avengers Assemble! Pameran Marvel Studio Akhirnya Diadakan Di Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Unitar