gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
“Sudah Tiba Masanya Kita Iktiraf Palestin” – Ahli Parlimen UK
HIBURAN
Pertahankan Hak Wanita, Zehra Zambri Tegur Persepsi Negatif Netizen Mengenai Perceraian - “Wanita Juga Mahu Bahagia…”
HIBURAN
Ada Sebab Fasha Sandha Terima Tawaran Berlakon Dalam Drama ‘Dzikir’ - “Saya Memang Suka Sangat…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

“Mereka Juga Berhak Dibantu” - Sedih Nasib Haiwan Ketika Banjir, Saiful Apek Dedah Impian Buka Safari Kucing!

gempak
Hanafis Haris
26/12/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
“Mereka Juga Berhak Dibantu” - Sedih Nasib Haiwan Ketika Banjir, Saiful Apek Dedah Impian Buka Safari Kucing!

Pelawak, penyanyi dan kini bintang Gegar Vaganza, Saiful Apek meluahkan hasratnya untuk membuka sebuah safari kucing suatu hari nanti.

Menurut Saiful Apek nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusof, dia merupakan seorang pencinta haiwan terutamanya kucing.

“Saya memang suka kucing, pencinta kucing, sama macam ibu saya.

“Kalau nak tahu, saya ada impian suatu hari nanti untuk membuka sebuah ‘safari kucing’ jika diberi kesempatan,” katanya.

Tambahnya, disebabkan rasa cinta terhadap kucing jugalah dia sangat sebak melihat haiwan-haiwan yang menjadi mangsa banjir baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyeru orang ramai supaya tidak mengabaikan kebajikan haiwan yang juga memerlukan perhatian dan bantuan.

“Ketika negara dilanda musibah banjir, selain menghulurkan bantuan sesama manusia, kita jangan lupa memberikan pertolongan untuk haiwan-haiwan.

“Mereka juga berhak dibantu. Kita jangan lupa bahawa Rasulullah SAW juga merupakan seorang pencinta haiwan terutamanya kucing.

“Selain melakukan misi bantuan kemanusiaan, ada sesuatu juga yang kita perlu perjuangkan iaitu hak haiwan,” katanya.

Saiful Apek berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran produksi filem Jaga-Jaga Senariounion di KBK Homestay, Beranang, Selangor, baru-baru ini.

Jaga-Jaga Senariounion terbitan Botak Production Management Sdn Bhd dijangka menemui penonton tidak lama lagi menerusi saluran Astro First.

Filem terbaru menampilkan kesemua ahli Senariounion (kecuali Lan Pet Pet) serta Syanie, Bobby Kiran, Prono, Amm Raja Lawak, Farisha dan Badrul Shah.

Topic Berkaitan
#Viral
#GV
#SaifulApek
Must-Watch Video