HIBURAN
"Mereka Buatkan Saya Meremang!" - Elfira Loy Terbang Ke Qatar, Timba Ilmu Angkat Martabat Wanita Muslim
Pelakon dan pengacara terkenal Elfira Loy baru-baru ini berpeluang untuk menyaksikan momen bersejarah di Doha, Qatar, yang turut memberi inspirasi tentang kepimpinan wanita.
BERITA TRENDING: "Orang Ingat Saya Suka, Sebenarnya Tidak" - Elfira Loy Buka Cerita Jadi Pelakon Demi Bantu Ibu, Buang Jauh Sifat Introvert
Jemputan ini datang daripada produk kecantikan Wardah Beauty, yang membawa Elfira untuk menyaksikan kerjasama global yang signifikan antara Paragon Wardah dan Al Mujadilah, sebuah pusat pembelajaran dan masjid yang khusus dibina untuk wanita Muslim di rantau ini."Saya merasa sangat dihargai kerana diberi peluang untuk menyaksikan kolaborasi berimpak tinggi ini, yang menyatukan iman dan kepimpinan global untuk wanita Muslim," ujar Elfira.
Dalam pertemuan tersebut, Elfira turut merasa terinspirasi oleh kata-kata penuh makna yang disampaikan oleh ahli panel dalam diskusi tentang kepimpinan wanita.
BERITA TRENDING: Wajah Anak Lebam, Elfira Loy Kongsi Insiden Yang Berlaku - “Cuma Kali Ini Agak Nampak Teruk Sikit Sebab…”
Salah satu ucapan yang menyentuh hati Elfira datang dari Ibu Retno, yang mengingatkan bahawa; "apabila kita mendidik seorang wanita, kita mendidik satu generasi.""Selain itu, Dr. Siddiqi turut menggalakkan agar kita 'memilih musim kita' dalam hidup, memberi ruang untuk menjadi ibu terbaik, kakak terbaik, atau pemimpin terbaik, dan Dr. Sari menekankan bahawa segala yang dilakukan seharusnya diteruskan dengan niat untuk diberkati (barakah)," ceritanya.

Dari perspektif ParagonCorp, EVP dan Ketua Pegawai Perniagaan Global, Amalia Sarah Santi, menekankan bahawa dalam surah Al Mujadilah, suara perempuan bukan sahaja didengar, tetapi juga dimuliakan.
"Meninggikan suara bukan tanda kehilangan malu, tetapi satu tindakan iman yang berpandukan petunjuk-Nya," kata Amalia.
Acara ini turut memperkenalkan pelantikan Dr. Sohaira Siddiqui sebagai Ahli Lembaga Paragon Wardah Stewardship for Global Impact.
Kerjasama strategik ini dimeterai dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Al Mujadilah Women Center, Doha, Qatar, pada 18 Mei lalu, dengan harapan untuk memperkukuh peranan wanita di seluruh dunia.
Di samping itu, Dewi Sandra, Duta Jenama Paragon Wardah, mengingatkan bahawa setiap wanita mempunyai cerita dan kuasa dalam setiap suaranya.
Dialog Kepimpinan Wanita Global yang berlangsung turut menjadi platform untuk meneroka peranan wanita dalam pembangunan masyarakat inklusif dan lestari.
Sesi ini turut menampilkan penceramah ternama seperti Dr. Sohaira Siddiqui, H.E Retno Marsudi, dan Dr. Sari Chairunnisa.
Kerjasama ini adalah langkah besar bagi ParagonCorp dalam memperluaskan pengaruhnya di peringkat global dengan menyumbang kepada pembangunan wanita dalam pelbagai aspek kepimpinan.
.jpg)
Must-Watch Video