VIRAL
Menyamar Jadi Pramugara Kerana Mahu Terbang Percuma 120 Kali
Seorang lelaki sanggup menyamar sebagai pramugara hanya kerana mahu menaiki penerbangan secara percuma sebanyak 120 kali.
Pendakwa raya di Pejabat Daerah Selatan Florida pada 5 Jun lalu mendapati Tirone Alexander, 35, bersalah atas penyamaran itu, selain memasuki kawasan larangan di lapangan terbang menggunakan alasan palsu dan melakukan penipuan elektronik antara tahun 2018 hingga 2024.
Alexander mengambil kesempatan daripada polisi yang membenarkan kru penerbangan dan juruterbang daripada syarikat penerbangan lain menaiki pesawat secara percuma.
Dia membuat tempahan tiket secara percuma sebagai 'pramugara' dan mendakwa kononnya bekerja di tujuh syarikat penerbangan berbeza, selain memiliki kira-kira 30 lencana serta tarikh pengambilan bekerja yang berlainan.
Alexander turut menggunakan taktik serupa untuk mendapatkan tiket penerbangan percuma di tiga syarikat penerbangan lain.
Difahamkan, hukuman ke atasnya bakal diputuskan pada 25 Ogos depan.
Sumber: Sinar Harian
Must-Watch Video