,
Laman Utama

Menteri Minta Maaf Pada Dayang Nurfaizah Kerana ...

Maliah Surip
29/12/2020
12:29 MYT
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, memohon maaf secara peribadi kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
Permohonan maaf itu dibuat susulan tindakan pihak tertentu dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang meminta penghibur kelahiran Bumi Kenyalang itu menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua selepas memasuki Sarawak.
Menurut Abdul Karim, Dayang Nurfaizah sudah melalui ujian saringan di Semenanjung sebagai syarat wajib untuk mendapat pelepasan.
“Untuk kes tertentu dikecualikan daripada kuarantin dan boleh berada di dalam negeri itu dalam tempoh 72 jam dengan syarat mesti menjalani ujian saringan di semenanjung,” katanya dalam sidang media New Year Countdown 2021 di Stadium Tertutup Petra Jaya, di sini, pada Selasa.
Bagaimanapun, kakitangan tertentu dalam JPBNS, tegas beliau, telah melakukan saringan kali kedua dan mengenakan kuarantin kepada Dayang Nurfaizah walaupun dia sudah melalui proses tersebut.
“Dia telah melalui semua prosedur yang telah ditetapkan tetapi tetap diberikan arahan untuk menjalani ujian saringan dua kali dalam tempoh tiga hari,” katanya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta dan Di Pintu Syurga itu telah melakukan ujian saringan pada 25 Disember lalu di Semenanjung dan memasuki Sarawak tiga hari kemudian serta telah mendapat pengesahan pengecualian daripada Pengerusi JPBNS.
Penghibur berkenaan kembali ke kampung halamannya atas jemputan untuk membuat persembahan semasa Sambutan Tahun Baru, New Year Countdown 2021, di sini pada 31 Disember ini.
Sumber: Awani Instagram: @dayangsayangkamu
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Selepas Lebih Sebulan, Barangan Milik Allahyarham Farah Kartini Dihantar Pulang

gempak
30/08/2024
00:25 MYT
Selepas lebih sebulan, semua barangan milik pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemui mati dipercayai dibunuh dihantar pulang ke kediaman keluarganya di Sarawak.
Hiburan

"Saya Dengar Bunyi Gamelan" - Ratu Cantik 'Diusik' Kejadian Mistik Masuk Gua, Tetap Takjub Dengan Keindahan Malaysia!

gempak
27/08/2024
02:30 MYT
Ratu Cantik dan pengacara, Vivienna Alfred, 27, menyahut cabaran merasai cabaran menyusuri kegelapan, laluan berbahaya, dan keletihan menerusi rancangan Caves & Cavern.
Sukan

Sukma Sarawak 2024: Bakal Duduki SPM Hujung Tahun, Atlet Perak Ini Tetap Cemerlang Dalam Sukan – “Saya Harap Dapat Keputusan Straight A”

gempak
20/08/2024
12:25 MYT
Banyak pengorbanan yang dilakukan oleh seorang atlet daripada segi masa dan tenaga serta pembahagian waktu pembelajaran akademik selain sukan juga perlu diutamakan.
Sukan

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang Sukma 2024

gempak
18/08/2024
05:55 MYT
Pertunjukkan dron bercahaya dan pancaran laser pelbagai warna di dalam Stadium Sarawak malam tadi memukau kira-kira 40,000 hadirin yang menyaksikan upacara pembukaan gilang-gemilang Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Hiburan

Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

gempak
05/08/2024
08:55 MYT
Bagai kembali ke terowong masa, gemaan sorakan peminat memenuhi dewan Mega Star Arena KL, Kuala Lumpur sepanjang hampir tiga jam konsert ByAjai & Mega Friends berlangsung pada malam Sabtu.