,
Laman Utama

Menjadi Tempat Rujukan Wanita Berdepan Isu ‘Penyondol’, Puteri Sarah; “Saya Terima DM Beribu Minta Nasihat”

Shahrin Zulkifle
02/03/2023
01:00 MYT

Selepas berkongsi cara menangani isu orang ketiga kepada bekas isteri Hafidz Roshdi, pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia ada menerima mesej pesanan ringkas (DM) daripada golongan wanita yang turut meminta nasihat daripadanya.

Malah kata Puteri Sarah, ada yang meminta dia untuk membuka persatuan bagi membela nasib dalam masa sama memberi nasihat kepada wanita yang berdepan masalah sama.

Pun begitu kata isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu niatnya hanya ingin membantu golongan wanita yang teraniaya.

“Kalau saya buka persatuan nanti lelaki di luar sana macam cacing kepanasan pula. Nanti semua orang benci saya.

“Tujuan saya satu sahaja, ingin membantu golongan wanita yang berdepan masalah sama macam saya.

“Saya bukan bantu Shuhada sahaja tetapi ramai wanita di luar sana yang bertanya kepada saya. Saya mahu mereka lebih berani.

“Saya terima DM beribu-ribu daripada wanita di luar sana yang minta nasihat. Mereka minta kata-kata semangat. Lelaki di luar sana yang buat kesalahan tetapi saya yang kena hentam.

“Saya hanya berkongsi pengalaman dan beritahu apa tindakan yang perlu mereka buat jika berada di situasi yang sama macam saya. Saya kesian pada mereka,” katanya kepada Gempak.

Bagaimanapun kata Sarah, disebalik niatnya yang ingin membantu golongan wanita, ada kaum lelaki yang mengecam tindakannya itu.

“Ketika saya cuba memberi bantuan kepada wanita yang teraniaya, ada golongan lelaki yang DM saya dan kecam dan tuduh saya dengan berkata saya mengajar wanita untuk bersikap kurang ajar dengan suami.

“Tujuan saya hanya mahu wanita berani dan perjuangkan hak mereka. Lelaki di luar sana jangan lah takut sangat.

“Saya bukan suruh wanita buat perkara yang tidak sepatutnya atau jadi batu api pun. Saya memberitahu cara-cara untuk menghadapi penyondol (orang ketiga).

“Orang yang kecam mereka tidak rasa apa yang lalui. Saya kongsi semangat positif, saya sebarkan kesedaran bukan suruh para isteri cari gangster belasah suami mereka. Malah saya ada juga kata selagi boleh bertahan, bertahan lah,” tambahnya.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada ada menghubunginya untuk meminta cara menangani isu penyondol.

BACA: Puteri Sarah Dedah Isteri Hafidz Roshdi Hubungi Untuk Dapatkan Nasihat-“Memang Saya Tolong Guide Dia Step By Step”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.