,
Laman Utama

Meninggal Dunia Sebelum Pembedahan Dibuat, Hati Tia Jinbara dan Isteri Bersatu Di Syurga

Maliah Surip
09/11/2023
07:48 MYT
Lebih 100 orang mengiringi perjalanan terakhir seorang hamba Allah, suami, ayah, sahabat dan vokalis yang namanya cukup harum bersama kumpulan Jinbara suatu masa dahulu — Shamsul Bakhtiar Zakaria di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Klang.

BERITA TRENDING: Tia Jinbara Meninggal Dunia Akibat Kanser Hati

Shamsul Bakhtiar atau nama pentasnya, Tia yang juga dikenali sebagai Abang Naga dalam kalangan peminat menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.17 malam tadi di Hospital Shah Alam akibat kanser hati.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 53 tahun telah selamat dikebumikan kira-kira jam 10.03 pagi tadi di Tanah Perkuburan Masjid Kota Raja, Klang.
Sebenarnya kepulangan Allahyarham Tia yang cukup popular dengan lagu Farhana (Putri Bumi Kenyalang) berlaku dalam tempoh singkat.
Seperti masih baru rakan media menerima khabar beliau dimasukkan ke hospital daripada isterinya, Suzan Ahmad.
Masih baru juga khabar beliau memerlukan sejumlah dana untuk melakukan pemindahan hati di India dengan isteri sendiri akan menjadi pendermanya diwar-warkan.
Dan Tia, penyanyi bersuara lantang dengan imej rambut panjang serta selalu tersenyum ini dijemput pulang ke negeri abadi terlebih dahulu daripada perancangan yang dibuat.
Suzan menerusi kenyataan kepada rakan media memberitahu suaminya seperti sedar masa di dunia sudah tidak lama.
Digenggam erat tangan wanita yang dinikahi pada tahun 2009 silam, sekalipun tidak mahu Suzan hilang dari kerdipan matanya.
“Pemergian arwah sangat mengejut, semalam. Keadaannya agak lemah.
"Saya ke Hospital Selayang untuk urusan rawatan susulan, semalam tapi arwah berkali-kali hubungi saya minta pulang dengan segera.
"Saya tinggalkan arwah tak lama, cuma dua jam. Apabila kembali ke wad, arwah nampak gembira, tetapi tidak lagi berbual macam biasa.
"Arwah cuma mahu saya mengenggam tangannya," kata Suzan.
Suzan juga mengaku meski hasrat mendermakan hati tidak kesampaian dia tidak ralat.
Dia melepaskan sang suami yang disifatkan sangat baik dalam menyantuni anak-anak tirinya iaitu tiga cahaya mata Ahmad Naqiuddin, Qystina Nayli, dan Ahmad Nifail dengan reda.
Peminat juga melepaskan kepergian Tia, penyanyi yang pernah terlibat dalam Gegar Vaganza 4 itu dengan reda.
Lagu-lagu dendangannya akan selalu menemani peminat sebagai pengubat rindu kepada seorang vokalis yang pernah menghidupkan semula semarak muzik rock dalam lambakan persaingan genre muzik lain.
Salam takziah buat seluruh keluarga dan Al Fatihah buat Shamsul Bakhtiar Zakaria.

BERITA TRENDING: Tia Jinbara Hidap Kanser Hati, Isteri Jadi Penderma Perlu RM250 Ribu Untuk Pembedahan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Viral

Wanita Buat POV Suami Isteri Dengan Anak Buat Permohonan Maaf - “Saya Cari Rezeki Halal,Hanya Lakonan Semata..”

gempak
15/09/2024
05:11 MYT
Tidak tahan dengan kecaman yang di terima, seorang wanita yang dikenali sebagai Dya tampil memberi penjelasan berhubung konten ‘POV’ suami isteri melibatkan anaknya yang masih di bawah umur.
Hiburan

Tidur Di Pejabat, Baim Wong & Isteri Sudah Pisah Ranjang?

gempak
13/09/2024
23:55 MYT
Kisah rumah tangga Baim Wong dan isteri, Paula Verhoeven yang didakwa sedang retak menanti belah memang menjadi pemberitaan media hiburan Indonesia.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.