,
Laman Utama

Menikahi Irwansyah Bukan Kerana Cinta, Zaskia Sungkar Selalu Minta Cerai

Maliah Surip
19/06/2021
14:55 MYT
Pasangan selebriti Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar selalu dijadikan idola oleh kebanyakan pasangan berumah tangga yang lain.
Hal ini kerana mereka berdua dinilai sebagai pasangan yang harmoni dan sangat bahagia sejak menikah pada Januari 2011.
Lebih menjadikan keduanya diminati dan dihormati adalah bagaimana mereka bersabar menunggu sehingga 10 tahun hanya untuk memiliki zuriat pertama.
Namun ternyata, di sebalik perjalanan rumah tangga mereka, Zaskia kerap meminta cerai daripada Irwansyah. Hal itu didedahkan Zaskia dalam salah satu konten di YouTube milik Maia Estianty baru baru ini.
Menurut Zaskia yang menikah pada usia 19 tahun, pada awal pernikahan, dia dan Irwan kerap berselisih pendapat sehingga tercetus banyak konflik.
Setiap kali konflik tercetus dia akan meminta cerai daripada aktor yang terkenal menerusi filem Heart itu.
"Kami menikah bukan kerana cinta. Jadi kami menikah saja kerana kebetulan kita awalnya hanya kawan. Dan selepas berkahwin baru berfikir kenapa kita menikah ya?" kata Zaskia dikutip dari tayangan YouTube Maia Estianty.
"Jadi, kita sekarang sudah 10 tahun menikah. Lima tahunnya itu naik turun. Seperti tiga tahun pertama, yang sangat saya syukuri adalah sikap Irwan yang sangat penyabar. Dan selepas lima tahun menikah, semuanya menjadi semakin stabil," lanjut Zaskia.
Tambah Zaskia lagi: "Sewaktu menikah saya masih muda, baru 19 tahun. Sikap pun belum matang. Setiap kali bergaduh saya berasa menyesal sudah menikah dengan Irwan. Jadi lebih baik cerai, gitulah."
Maia kemudian bertanya siapa yang kerap meminta cerai.
"Saya," jawab Zaskia ringkas.
Namun dia bersyukur kerana permintaan cerainya tidak ditunaikan Irwansyah,
"Begitulah saya. Kemudian menangis sendiri. Alhamdulillahnya dia melayan (cerai)," tambahnya.
Kini keduanya mengaku tak pernah lagi mengalami perselisihan masalah sehingga menimbulkan suasana tak harmoni dalam rumah tangga.
Malah kehadiran cahayamata pertama mereka Ukkasya Muhammad Syahki yang lahir beberapa bulan lalu menjadi pengikat kasih sayang yang semakin utuh.
Instagram: @zaskiasungkar15
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar