,
Laman Utama

Menghiburkan! Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo?, Siap Boleh Menyanyi & Menari Lagi!

Izwan Isa
28/10/2022
09:50 MYT
Sabtu lalu telah berlangsung Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? yang diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur.
Tidak seperti konsert-konsert arus perdana lain, Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? ini menampilkan karakter-karakter comel dari siri animasi popular Didi & Friends yang selama ini sering menjadi tumpuan penonton cilik di rumah.
Diketuai oleh Konduktor Residen MPO, Gerard Salonga, Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? membawa penonton mengembara bersama Didi, Nana dan Jojo dalam usaha mereka untuk mencari rakan comel mereka, Bingo yang hilang di Hutan Aneh.
Menariknya, penonton yang hadir pada konsert berkenaan, yang rata-rata penonton cilik bersama ibu bapa mereka berpeluang menyanyi dan menari bersama watak-watak Didi & Friends.
Antara lagu-lagu yang akan dipersembahkan termasuklah Mengantuk Mumia, Chan Mali Chan, Kalau Rasa Gembira, Bingo, dan lagu tradisional Eh Wau Bulan.
Kesemua lagu yang dipersembahkan dalam konsert tempoh hari telah digubah dan diberikan nafas simfonik baharu oleh MPO.
Menariknya, Konsert Didi & Friends Bersama MPO: Mana Bingo? turut menampilkan pelakon berbakat besar, Sherry Alhadad yang memegang watak sebagai Mak Aneh. Selain Sherry, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan kumpulan penari Genius Seni Tari.
Untuk Didi & Friends, animasi 3D berbentuk muzikal didik hibur prasekolah No 1 di Malaysia, serta pemenang anugerah Animasi Terbaik pada 2019 di 24th Asian Television Award telah berjaya menempah nama ke segenap rantau ini dengan peminat dari Singapura dan Indonesia.
Mula ditayangkan di Youtube dengan lagu kanak-kanak tempatan pada tahun 2015, diikuti tayangan perdana di Astro Ceria, sebelum seterusnya bersama Musim 2 ke seluruh Asia pada tahun 2016.
Tahun 2020 menyaksikan kematangan jenama Didi & Friends apabila berjaya menarik lebih ramai peminat pelbagai peringkat umur dengan hit viral seperti Mengantuknya Mumia serta banyak lagi lagu melalui Musim ke 4 juga lagu-lagu hit kolaborasi dengan artis ternama yang hebat seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Yuna, Hael Husaini, Altimet dan ramai lagi.
Didi & Friends kini berada di bawah naungan Warnakala Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Astro.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Hiburan

Atta Halilintar Pernah Jual Kad Sim Di Pasar Seni - “Ketika Itu Kewangan Keluarga Tidak Begitu Baik…”

gempak
03/05/2024
07:55 MYT
Atta kongsi pengalaman mencari rezeki di Kuala Lumpur.
Hiburan

The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

gempak
03/05/2024
05:55 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

Sherry Alhadad Tampil Berbeza Dalam Siri ‘B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit’ - “Semua Aksi Dalam Drama Ini Saya…”

gempak
16/08/2023
06:55 MYT
Memang nampak kelainan!