,
Berita

Mengaku Bersalah, Bapa Bob Lokman Didenda RM4, 000; Ugut Tetak & Rosakkan Barang Masjid

Maliah Surip
17/01/2021
07:45 MYT
Bapa selebriti Bob Lokman didenda RM4,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengugut pegawai masjid dan melakukan khianat dengan memecahkan harta masjid, November tahun lepas.
Majistret Mohd Izzuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman Ahmad, 83, atau lebih dikenali sebagai Ayah Man, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Masjid Tok Kenali di Kubang Kerian, dekat sini, pada 11 pagi, 21 Nov 2020.
Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh yang berkerusi roda itu didenda RM2,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan pertama, Lokman didakwa telah mengeluarkan kata-kata ugutan dengan memberitahu Mohd Hanis Sulaiman, 34, bahawa dia ingin menetak dan menembak Muhammad Hafiz Hukmi Wardi, 39, iaitu penjaga amanah Masjid Tok Kenali.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan khianat dengan memecahkan pasu bunga dan memotong pokok-pokok bunga di kawasan Masjid Tok Kenali, sehingga menyebabkan kerugian lebih RM150 mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara hingga tempoh tidak kurang satu tahun atau tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin, memohon tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Murtadza Mohd Mokhtar memohon agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan ke atas anak guamnya, dengan alasan tertuduh sudah berusia 83 tahun.
“Tertuduh juga menghidapi penyakit kencing manis, darah tinggi dan masalah pendengaran.
"Dengan membuat pengakuan bersalah ini, ia membantu mempercepatkan urusan semua pihak. Saya juga merayu agar tidak dikenakan hukuman penjara atas faktor penularan wabak COVID-19,” katanya.Sumber: BERNAMA Foto: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Berita

Anak Sebak, Bapa Sanggup Derma Buah Pinggang - “Saya Syukur Dapat Peluang Kedua Untuk Hidup Tanpa Dialisis”

gempak
22/11/2024
05:25 MYT
Selepas empat tahun berjuang sebagai pesakit buah pinggang dan menerima rawatan dialisis, seorang doktor akhirnya melahirkan rasa syukur apabila dia kini tidak perlu lagi berbuat demikian serta boleh menjalani kehidupan seperti biasa.
Berita

Tiga Kali Berkhalwat, Duda Anak Lima Dihukum Sebat Depan Khalayak Ramai Masjid

gempak
20/11/2024
15:25 MYT
Seorang duda menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Berita

Rusia Denda Google AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

gempak
01/11/2024
08:23 MYT
Russia didakwa cuba mendapatkan wang cara mudah daripada salah satu syarikat teknologi terbesar dunia iaitu Google dengan satu angka yang tidak terjangkau.
Unitar