,
Berita

Mendapan Tanah Akibatkan Longkang Runtuh Di Kampung Kerinchi

Gempak
27/08/2024
10:15 MYT
Satu lagi kejadian mendapan tanah dilaporkan berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, kejadian terbabit dilaporkan berlaku sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Longkang Runtuh

Menurutnya, langkah keselamatan dilakukan sejurus menerima laporan kejadian.

"DBKL mengambil maklum mengenai longkang runtuh di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi.

"Kerja-kerja awalan seperti pemasangan tali keselamatan, water barrier dan kon telah dilakukan di kawasan kejadian, " katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Selasa.

Tidak Libatkan Orang Awam

Menerusi gambar dikongsi, kawasan terlibat membabitkan laluan pejalan kaki selain turut membabitkan sebahagian kecil struktur jalan bersebelahan.

Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan kerosakan harta benda awam.

Dalam kejadian Jumaat lalu, negara digemparkan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India membabitkan seorang mangsa yang dilaporkan masih hilang selepas terjatuh dan tertimbus dalam insiden berlaku sekitar jam 8 pagi.
Mangsa merupakan seorang wanita warga India, Vijayaletchumi, 48, yang berasal dari Andhra Pradesh. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan mangsa memasuki hari kelima dengan pasukan penyelamat telah memperluas operasi pencarian ke enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar dan Bulatan Kinabalu.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tular Foto Kejadian Jalan Mendap Di Kampung Attap, DBKL Jelaskan Kejadian Lama

gempak
29/08/2024
08:55 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjelaskan foto mendapan tanah yang tular di Jalan Dewan Bahasa, Kampung Attap, Kuala Lumpur adalah foto lama.
Berita

"Kuala Lumpur Masih Selamat" - Dr Zaliha

gempak
28/08/2024
23:55 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat.
Berita

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

gempak
28/08/2024
23:25 MYT
Sambutan Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini dibatalkan.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: “Dua Kali 'Flushing', Mangsa Belum Dijumpai” – DBKL

gempak
26/08/2024
01:55 MYT
Sebanyak dua kali teknik 'flushing' dilaksanakan bagi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga asing yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India, ibu negara, sejak petang Ahad.
Berita

Kecoh 29 Ekor Ular Sawa Termasuk Induk Keluar Dari Longkang Restoran Di Shah Alam

gempak
08/08/2024
07:48 MYT
Gempar apabila kira-kira 29 ekor ular sawa termasuk induknya keluar dari saluran sebuah longkang, berhampiran sebuah restoran mamak di Seksyen 20, Shah Alam, malam Rabu.