,
Laman Utama

“Memerlukan Sedikit Masa Lagi” – Meerqeen Mohon Beri Waktu Untuk Jawab Isu Cium Dahi Kiky Saputri

Shahrin Zulkifle
06/09/2022
05:00 MYT
Pelakon kacak Meerqeen meminta semua pihak memberikannya sedikit masa lagi untuk dia menjelaskan isu kontroversi yang terpalit dengannya berkenaan video mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri pada Ogos lalu.
Jelas pemilik nama asal Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, andai tiba waktu yang sesuai, dia dan pihak pengurusannya akan tampil menjelaskan isu tersebut.
“Berkenaan isu itu, pihak pengurusan saya akan menjelaskan segalanya, kami memerlukan sedikit masa lagi.
“Segalanya bergantung kepada apa yang ditetapkan oleh pihak pengurusan, saya minta maaf sangat-sangat,” katanya kepada Gempak.
Meerqeen berkongsi hal itu ketika sesi sidang media drama terbaharunya berjudul Ash Dan Aish yang diadakan secara atas talian pada Selasa.
Ditanya mengenai dirinya yang kini susah memberikan kerjasama kepada pihak media, aktor berusia 21 tahun itu menafikan hal tersebut dengan mengatakan dia hanya terlalu sibuk dengan kerjaya lakonan.
“Saya tak rasa saya susah bagi kerjasama, mungkin disebabkan saya terlalu sibuk dengan lakonan yang sudah dijadualkan.
“Saya sejenis yang fokus pada kerjaya saya, lebih-lebih lagi jika ketika itu masih dalam tempoh penggambaran. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk lakonan saya.
“Bagaimanapun saya hanya melakukan apa yang sudah dijadualkan oleh pihak pengurusan,” tambahnya lagi.
Sebeleum menutup perbualan, Meerqeen turut memohon maaf kepada semua pihak dan mengingatkan dirinya untuk lebih berhati-hati dalam setiap tindakannya selepas ini.
Selain Meerqeen, Ash Dan Aish turut dibintangi barisan pelakon seperti Anna Jobling, Siti Khadijah, Andy Teh, Nadhir Nasar dan ramai lagi.
Sinposis:
Mengisahkan tentang seorang gads kampung bernama Aisha, yang berhati kental. Semua ahli keluarga dia meninggal dunia dalam satu kemalangan dan dia hampir dicabul oleh suami mak saudaranya sendiri yang tamak dengan harta keluarga Aisha.
Dia melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru.
Ashrafi, pemuda mister yang selalu membeli lollipop dan makanan kucing di kedai serbaneka tempat Aisha bekerja.
Disebabkan kesempitan hidup di kota raya, Ash mempelawa Aisha bekerja di café milk Ash sendiri. Aisha menerima tawaran Ashraf untuk bekerja dekat sana.
Uniknya Sanctuary cafe, pekerja- pekerja di sana sebenarnya mempunyai kisah hitam masing-masing dan mereka diberi peluang oleh Ashrafi untuk membina hidup baru.
Dalam nada bergurau, Aisha menawarkan diri untuk menjadi isteri Ashrafi supaya dia tidak perlu sentiasa membantunya mencari tempt tinggal. Cadangan Itu rupanya diambil serius oleh Ashrafi.
Mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Malangnya Ashrafi kemalangan dan koma.
Sewaktu di hospital, Aisha terkejut melihat Ashrafi bangun dan bercakap seperti biasa.
Namun apa yang Aisha lihat ternyata hanya roh Ashrafi sahaja. Disebabkan itu Ashrafi meminta Aisha untuk menolongnya sedar dari koma.
Saksikan Ash Dan Aish yang kini sudah bersiaran menerusi saluran Astro Ria (104) setiap hari Isnin hingga Khamis.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Impian Dianggap Terlalu Tinggi, Meerqeen Sedih Pernah Dipandang Remeh - “Mereka Sepatutnya Menyokong..”

gempak
17/09/2024
08:55 MYT
Pelakon, Meerqeen akui sedih apabila pernah dipandang remeh oleh guru dan rakan-rakannya apabila hasrat dan impian nya dianggap terlalu tinggi untuk dicapai.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Hiburan

Terbesar Di Asia Tenggara, Ini 5 Perkara Menarik Tentang Store PUMA Malaysia

gempak
11/09/2024
18:55 MYT
Bagi peminat jenama PUMA, kami kongsikanlima perkara menarik yang anda perlu tahu mengenai pelancaran kedai perdana terbesar ini.
Hiburan

Ramai Kata Cringe Dengar Meerqeen Cakap Indonesia, Tuan Badan Tak Marah - “Saya Hanya Ada Masa Lima Hari Untuk Belajar”

gempak
10/09/2024
08:25 MYT
Meerqeen tidak cepat melatah apabila ada yang mengkritik percubaannya bertutur dalam bahasa Indonesia menerusi drama dari seberang berjudul Modus Operandi.