KELUANG MAN
Membesar Dengan Keluang Man, Remy Ishak Teruja Bawa Watak Shamsir! - “Rasa Macam Mimpi Jadi Kenyataan”
Pelakon, Datuk Remy Ishak berkongsi rasa teruja membawakan watak antagonis iaitu Shamsir dalam filem adiwira ikonik negara, Keluang Man.
Membesar dengan Keluang Man
Menurut Remy, sebagai seorang yang membesar dengan siri animasi itu, dia berasa sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada keluarga Keluang Man.“Kadang-kadang saya terfikir bila masanya Malaysia nak tampilkan superhero, rasanya sebelum ini kita belum ada, maksud saya yang seperti Keluang Man,” katanya kepada Gempak.“Saya membesar dengan Keluang Man, memang zaman saya dan saya juga menonton filem superhero.
Shamsir, mimpi jadi kenyataan
Dalam pada itu, Remy juga berkata watak Shamsir itu seolah-olah membuatkan dia berasa bagaikan mimpi menjadi kenyataan.“Saya rasa teruja dan sangat berterima kasih kepada Astro Shaw sebab saya masih lagi ada dalam minda mereka untuk terlibat sama dalam Keluang Man. It’s like a dream come true,” ujarnya.“Pernah juga saya terfikir mengenai perkara ini dan sekarang Keluang Man telah direalisasikan. Alhamdulillah saya juga terpilih untuk bersama-sama Keluang Man.
ARTIKEL BERKAITAN:Rosyam Nor Bangga Terlibat Dalam Filem Keluang Man - “Set Penggambaran Keluang Man Antara Yang Paling Hebat Dalam Sejarah Pembikinan Filem Melayu”
ARTIKEL BERKAITAN:Muncul Dalam Trailer Keluang Man, Mierul Aiman Jadi Perhatian - “Nampak Sekejap Pun Dah Rasa Karakter Dia Best!”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Beri Sokongan Pada Kawan Baik, Tak Sabar Nak Tengok Nas Jadi Keluang Man - “Watak Borhan Memang Kena Dengan Dia”
ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Pertikai Ketinggian Tak Sama Keluang Man, Nas Muammar Zar Komen - “Saya Sedar, Diri Tak Tinggi Tapi…”
Filem Keluang Man merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, Idea River Run dan rakan strategik Wonda Kopi, serta produksi Pasal Productions.
Diarahkan oleh Anwari Ashraf, filem ini menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Datuk Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Nantikan tayangan filem Keluang Man di pawagam seluruh negara pada 29 Mei 2025.
Must-Watch Video