,
Laman Utama

“Memang Sengaja Tunggu Rakyat Mengamuk Ke? Kes Selangor Naik 4,000 Lebih…PKPD Apanya Kereta Penuh Kat Jalan! - Janna Nick

Fiza Kamarudin
09/07/2021
03:29 MYT
Pelakon dan pengarah, Janna Nick meluahkan rasa berang berikutan peningkatan kes baharu positif Covid-19 semalam.
Janna menerusi ruangan Insta Story di Instagram (IG) telah berkongsi paparan grafik kes positif Covid-19 pada 8 Julai, yang mencatatkan sebanyak 8,868 kes.
Menurut Janna, masih tiada sebarang perubahan yang berlaku walaupun negara sudah melewati pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak Covid-19.
“Memang sengaja tunggu rakyat mengamuk ke? Rakyat Malaysia pula yang memang sejenis penyabar. Selagi kita duk #rakyattolongrakyat lagi naik lemaklah yang ka tatas nuh. Buat kerja betul-betul boleh tak?
“PKP lah, PKPD lah, MCO, CMCO, RMCO! Kes Selangor dah naik 4,000 lebih! PKPD apanya? Kereta penuh kat jalan. Tak payah update daily case dah.
“Tak payah nak lockdown bagai ni, hidup je lah dalam Covid ni. Bukan membantu pun korang punya plan. Buang masa tau tak?
“Duit boleh cari! Masa yang terbuang ni mana nak dapat balik,?” tulisnya.
Selain itu Janna turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan masa depan generasi baharu yang terpaksa berdepan dengan pandemik dan tidak mendapat pendidikan dengan sempurna.
“Anak-anak kecil yang tak dapat pendidikan awal dengan sempurna! Apa akan jadi dengan generasi akan datang?
“Korang ingat semua orang kaya raya dan mak bapak dorang cikgu sekolah ke? Bukan semua orang mampu hantar anak pergi sekolah dekat France macam hampa,” luahnya lagi.
Janna juga mempersoalkan tentang nasib majikan yang perlu membayar gaji pekerja dan semuanya melibatkan kos.
“Business-business owner ni apa cerita? Staff semua nak kena makan, gaji kena bayar…Overhead cost! Hang ingat kami ni buta perut macam hampa, boleh tidur lena kalau tak bayar gaji mereka?,” ujarnya.
Dalam hantaran lain Janna menegaskan, rakyat tidak akan marah jika ada penurunan kes positif walaupun sedikit, namun yang berlaku sekarang sebaliknya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Hiburan

Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

gempak
26/06/2024
02:25 MYT
Setahun sudah mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dia kini dalam proses mencuba untuk mendapatkan zuriat.
Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
10/06/2024
17:07 MYT
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.