Hiburan
Memang Niat Bertongkat Pada Umur 40 Tahun, Patuh Sunnah Nabi - Suhaimi Saad; "Bukan Sebab Buta Atau Cacat"
Bekas anggota kumpulan nasyid InTeam, Suhaimi Saad menjelaskan dia sudah lama menyimpan niat untuk bertongkat apabila menginjak usia 40 tahun.
Kata Suhaimi, 40, bertongkat katanya sebahagian daripada sunnah para nabi.
"Bukan sebab buta atau cacat, dah lama saya niat, bila masuk usia 40 tahun, saya akan bertongkat.
"Mudah-mudahan itu akan menjadi pengingat kepada saya, bahawa apabila usia meningkat, hidupmu semakin singkat, hari kematianmu makin dekat, tinggalkanlah segala dosa dan maksiat, perbanyakkanlah amal soleh dan taubat," tulisnya.
Suhaimi turut berdoa agar hidupnya dilimpahi rahmat dan keberkatan untuk dunia dan akhirat.
Kisah hidup Suhaimi menjadi perhatian ramai apabila keadaan matanya yang semakin kronik hingga memerlukan bantuan isterinya, Ina Naim untuk melakukan urusan harian.
Keadaan matanya itu kata Suhaimi tidak diketahui puncanya malah dia yang kini menetap di Kelantan itu tidak menolak kemungkinan ia berkait dengan buatan orang.
Suhaimi bernikah dengan Ina pada 2007 dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 12, Salman El- Khoyri, 10, Phyrosh Elfadwah, 8 dan Nurhayla Elghufrony, 6.
Must-Watch Video