,
Laman Utama

Memang Legend, Konsert HAUSBOOM Music 2023 Kumpul 35 Penghibur; Dari Ella, Joe Flizzow, SOG, Spider, Dolla Sampai Baby Shima

Maliah Surip
19/07/2023
12:05 MYT
Belantika muzik tempatan terus bersemarak dengan banyaknya festival yang mendukung kebangkitan semula ekonomi termasuk hiburan selepas pandemik COVID 19 melanda dunia.
Salah satu yang dapat menganjurkan kembali acara tahunan mereka adalah HOUSBOOM Music. Selepas dua penganjuran, festival kali ketiga yang direncana pada 9 dan 10 September depan dengan lebih gah.
Diberi nama Konsert HAUSBOOM Music 2023, festival pada kali ini menghimpunkan 35 penghibur dengan majoriti dalam kalangan pemuzik tempatan serta dari Singapura dan Indonesia.
Mereka antaranya kumpulan rock legenda, Search dan ikon Hip Hop, Joe Flizzow yang merupakan dua bintang kejutan yang diumumkan pada majlis sidang media Konsert HAUSBOOM Music 2023 yang berlangsung di lobi utama Bank Affin, Kuala Lumpur.
Selain itu festival tersebut turut disertai Masdo, Toko Kilat, Spider, Exists, Ella, Dolla, Baby Shima, Budak Nakal Hujung Simpabg, Iqbal M, Alyph, Akeem Jahat, Hujan, Datuk M.Nasir, Gerhana Ska Cinta, SOG, Shila Amzah, Gry Sky Morning, Salam Muzik, Forceparkbois dan ramai lagi.
“Kami sangat teruja untuk menganjurkan kembali Konsert HAUSBOOM yang telah dianjurkan sejak tahun 2017.
“Berbanding dengan dua penganjuran sebelum ini dalam skala yang kecil, Konsert HAUSBOOM Music 2023 adalah besar dengan pembabitan sehingga 35 penghibur untuk dua hari konsert iaitu 9 dan 10 September.
“Harapan kami bukan hanya menyediakan muzik atau hiburan yang berkualiti tetapi pengalaman yang akan dibawa pulang oleh setiap pengunjung yang datang,” ujar CEO HAUSBOOM, Azri Zahier Azmi yang juga dikenali sebagai John Lemon.
Sementara itu bercakap tentang penampilan para penghibur yang sudah pernah ditampilkan dalam banyak acara sebelum ini, John memaklumkan ia dibuat berdasarkan permintaan tinggi dalam kalangan peminat selain ingin terus meraikan pemuzik lokal.
“Memang jika dilihat kebanyakan artis yang membuat persembahan sudah bermain dalam acara lain tapi di Konsert HAUSBOOM Music 2023, apa yang kami sediakan adalah pengalaman yang diperoleh.
“Di konsert ini akan ada pelbagai genre muzik dari rock, hip-hop sehingga dangdut yang memang sudah diketengahkan sejak dua penganjuran sebelum ini.
“Mereka ini juga adalah penghibur yang mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat menerusi survey yang telah dilakukan sejak setahun lalu,” katanya lagi.
Selain 35 penghibur dan dua hari penganjuran, konsert ini juga mencipta sejarah apabila menjadi konsert lokal terbesar yang pernah diadakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC - Sepang International Circuit).
Untuk pembelian tiket berharga RM199 (General), RM359 (Rockzone), dan RM1,200 (VVIP) boleh layari www.ticket2u.com.my atau layari laman web rasmi Hausboom bagi pembelian tiket secara ansuran di https://shop.hausboom.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.