gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Lepas Jual Honda Jazz Milik Isteri, Saharul Ridzwan ‘Angkat’ Toyota Alphard - “Rezeki Anak-Anak”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Alami Dehidrasi Melampau, Araff Kongsi Detik Hampir Pengsan - “Tekanan Darah Saya Pada Ketika Itu Adalah…”
KELUANG MAN
Nas Kongsi Pengalaman Uji Bakat Keluang Man, Kena Buat Empat Emosi Spontan - “Masa Tu Tengah Lapar, Jadi Fikir Nak Cakap Fasal Burger”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Memang Kami Rancang Untuk Bercerai Tapi Tak Sangka Shuk Sahar Cerai Saya Sebegitu” - Fara Salleh

gempak
Khairil Khusyairi
01/05/2025
03:50 MYT
Sponsor Banner
“Memang Kami Rancang Untuk Bercerai Tapi Tak Sangka Shuk Sahar Cerai Saya Sebegitu” - Fara Salleh
Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh meluahkan rasa terkilan apabila diceraikan oleh bekas suaminya itu hanya menerusi panggilan telefon tanpa sebarang perbincangan secara bersemuka.
Menurut Fara, mereka sememangnya telah bersetuju untuk berpisah namun tidak menyangka cara Shuk melafazkan cerai itu berlaku dalam keadaan yang dianggap tidak beradab dan mengecewakan.
“Saya dah sah bercerai. Sekarang dalam proses daftar cerai.
“Ketika saya dimaklumkan menerusi panggilan telefon oleh agen dari Satun, Thailand, saya cakap setuju untuk lafaz cerai.
“Memang kami rancang untuk bercerai cuma saya tak sangka cara dia ceraikan saya sebegitu (menerusi panggilan telefon).
“Kalau betul matang dan sering becerita bab hadis pada kawan, mesti tahu adab. Sekurangnya jumpa keluarga untuk bincang soal anak, itu sahaja,” katanya kepada Gempak.
Fara ditemui pada majlis sambutan Terbaek Raya mStar di The Agam, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Fara yang kini hamil tujuh bulan itu juga mendedahkan proses pendaftaran cerai juga terganggu kerana Shuk tidak memberikan kerjasama pada peringkat awal, menyebabkan beliau terpaksa menunggu hampir sebulan.
“Pada awal dia tidak datang jadi dia melambatkan proses tersebut. Satu bulan saya buang masa menunggu dia hadir ke mahkamah.
“Untuk tarikh akan datang, saya dah maklum pada dia melalui orang tengah untuk hadir ke mahmakah. Datang sekali pun cukuplah.
“Untuk proses pendaftaran ini kalau dia datang sudah memadai, yang lain saya akan uruskan,” jelasnya.
Fara juga menegaskan hasratnya untuk memastikan anak mereka dapat dibintikan kepada bapanya secara sah.
“Saya kena lakukan di mahkamah sebab ada bukti lafaz cerai.
“Saya mahu anak saya berbintikan bapanya. Saya kena selesaikan pendaftaran cerai kemudian baru pengesahan cerai,” ujarnya lagi.
Awal April lalu, Shuk Sahar didakwa telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fara Salleh melalui panggilan telefon dari Satun, Thailand.
Kemelut rumah tangga Fara dan Shuk bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.
Fara juga mendakwa Shuk sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan sering kali mengutamakan rakan-rakannya.
Sekadar info, Shuk Sahar mendirikan rumah tangga dengan Fara Salleh pada November 2023.
Untuk rekod, Shuk pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar Lafaz Cerai Melalui Telefon Dari Thailand, Fara Salleh: “Dasar Pengecut, Saya Bukan Sampah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Nak Campur Tangan Tapi Sekadar Nasihat Agar Tak Buka Aib” - Iqram Dinzly Jawab Dakwaan Back Up Shuk

ARTIKEL BERKAITAN: Beraya Solo Tanpa Shuk Sahar & Beri Bayangan Bakal Jadi 'Single Mother', Fara Salleh Akur Netizen Anggap Kifarah - “Nak Fokus Pada Baby Sebab…”

Topic Berkaitan
#Pelawak
#cerai
#Thailand
#Telefon
#Shuk Sahar
#Kecewa
#Fara Salleh
#Terkilan
#Lafaz
Must-Watch Video