,
Hiburan

Memang Dari Planet Lain, Sal Priadi Layan 'Healing' Dengan Ribuan Peminat Di KL!

Umirah Halim
16/10/2024
09:55 MYT
Suasana di dewan Zepp, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, dipenuhi dengan keajaiban apabila konsert yang ditunggu-tunggu oleh semua, “SAL PRIADI ZUZUZAZA LIVE IN KUALA LUMPUR” membawa peminat melewati perjalanan muzik yang mendalam dan penuh ‘healing’!

Tawan emosi peminat

Penyanyi dan penulis lagu berbakat asal Malang, Indonesia, Sal Priadi, berjaya menawan emosi ribuan peminatnya dengan persembahan yang luar biasa.
Kehadiran penonton seramai 2,500 orang ternyata menjangkau jangkaan awal dan sokongan yang diterima menjadikan malam konsert itu satu kenangan yang tidak terlupakan.
Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Kharisma Music, En. Ahmad Jeffny, pihaknya amat berterima kasih kepada semua penonton yang hadir. Tanpa sokongan penonton, konsert ini tidak mungkin akan berjaya.
Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada penaja penerbangan, Citilink Indonesia, rakan penaja, Intan Gelombang dan Futurace, rakan radio rasmi, ERA, rakan media rasmi, Gempak, serta semua yang terlibat dalam menjayakan konsert ini.

BERITA TRENDING: Tak Sebelah Mana-Mana Pihak, Fasha Sandha Doakan Yang Terbaik Buat Fazura-Fattah

BERITA TRENDING: Individu Ini Dedah Perangai Fattah Amin Waktu Kerja - “Setiap Kali Masuk Waktu Solat, Dia Orang Pertama Yang Minta…”

BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak Dengar Hasrat Fattah Amin - “Sekiranya Sudah Tiada… Saya Mahu Orang Kenal Saya Sebagai Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah”

BERITA TRENDING: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

Konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh artis tempatan iaitu Sissy Imann, yang membawakan lagu ‘Pesanan Ayahanda’.
Kemudian, bintang yang ditunggu-tunggu, Sal Priadi muncul dengan tepukan yang gemuruh lantas mendendangkan lagu ‘Semua Lagu Cinta’ yang diikuti dengan ‘Biar Jadi Urusanku’, ‘Dimana Alamatmu Sekarang’, dan ‘Ada Titik-titik Di Ujung Doa’ dari album keduanya, Markers & Such Pens Flashdisks.
Malam konsert bertambah gamat apabila Sal Priadi menyanyikan lagu ‘Mesra-mesraan Kecil-kecilan Dulu’, lagu viral ‘Dari Planet Lain’, ‘Amin Paling Serius’ dan pastinya lagu wajib, ‘Gala Bunga Matahari’ dengan sorakan penuh emosi dan ada di antara penonton yang hadir kelihatan menitiskan air mata, terkesan dengan bait-bait liriknya yang menyentuh perasaan.
Sal Priadi yang sememangnya sinonim dengan karya-karya puitis dan melodi yang memikat, bukan sahaja memukau penonton dengan suara emasnya, tetapi juga dengan karakternya yang ‘quirky’ dan bersahaja menjadikannya begitu dekat di hati peminat, ditambah pula dengan interaksi mesranya bersama penonton, menciptakan suasana yang sangat intim, penuh gelak tawa dan kegembiraan.
Kuala Lumpur sangat istimewa bagi saya, saya berbesar hati dapat berkongsi muzik saya dengan peminat di sini, dan berterima kasih buat semua yang hadir dan anda semua hebat, memang ‘Dari Planet Lain’.
Persembahan yang memakan masa selama 2 jam lebih membawa penonton melalui 40 buah lagu kesemuanya, di mana setiap lagu diiringi dengan paparan audio visual yang menarik direka khas untuk menonjolkan jalan cerita dan ‘mood’ yang cuba disampaikan.
Dengan kejayaan konsert ini, Kharisma Music dan Sal Priadi bertekad untuk terus membawa lebih banyak acara muzik berkualiti kepada peminat di Malaysia, kata En. Ahmad Jeffny, “Tujuan utama kami adalah membawakan sajian hiburan yang berkualiti buat peminat muzik di Malaysia dan rantau Asia Tenggara dengan rangkaian genre yang pelbagai, oleh itu nantikan lebih banyak kejutan dari Kharisma Music!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 7 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur

gempak
16/10/2024
10:00 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Govinda - Hal Hebat @ Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."

gempak
16/10/2024
04:55 MYT
Meskipun tidak berapa sihat namun dengan tenaga yang diberikan oleh peminat membuatkan pelantun lagu Zoom itu turut bersemangat untuk memberikan persembahan yang terbaik buat mereka yang hadir ke konsert tersebut.
Peraduan

Menangi Tiket ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 5

gempak
16/10/2024
02:00 MYT
Siapa nak pergi ke Muzikal Lawak Superstar musim 4 untuk minggu 5 Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

Empat Band Popular Bakal Gamatkan Pentas Destiny Of Music 2.0!

gempak
15/10/2024
10:05 MYT
Konsert Destiny of Music 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 15 November 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
BorakSeeni