,
Laman Utama

“Memang Dah Lama Saya Nak Buat Filem Tentang Badminton, Sejak...” – Don Hoe

Fiza Kamarudin
29/09/2021
08:21 MYT
Pengarah Olympic Dream, Don Hoe mengakui sudah lama memasang impian untuk menghasilkan filem berkaitan badminton.
“Idea untuk menghasilkan filem ini tercetus ketika saya masih muda semasa menonton perlawanan Piala Thomas di antara Datuk Rashid Sidek dan Hariyanto Arbi pada tahun 1994.
“Datuk Rashid Sidek menang dan sejak saat itu saya berpendapat bahawa sukan badminton adalah sukan kebanggaan bagi semua rakyat Malaysia.
“Jadi apabila saya mula bertapak dalam industri ini saya selalu bercita-cita nak terbitkan filem badminton dan akhirnya impian tercapai,” katanya.
Sungguhpun begitu, Don Hoe berkata ada cabaran yang perlu ditempuhi untuk memastikan karya dihasilkan dapat memuaskan hati penonton.
“Dari persediaan sehingga penggambaran kami menghadapi banyak kesukaran dan cabaran. Kami bekerja keras sebagai satu pasukan demi hasil yang terbaik.
“Kami ambil cabaran menggunakan pelakon baru sebagai tonggak utama, dia adalah Anabelle Tan. Siapa sangka prestasinya sangat baik.
“Baru berusia 9 tahun tetapi lakonan Anabelle sangat baik macam orang dah ada pengalaman,” katanya.
Tambah Don Hoe ketika itu dia turut memikirkan samada mahu mengambil atlet badminton sebagai pelakon atau mencari pelakon.
“Nasib baik kami menemui bekas pemain badminton kebangsaan yang mempunyai bakat dalam lakonan dan sudah tentu mempunyai skill yang hebat dalam sukan tersebut.
“Jadi dia, Adelle Ng adalah watak utama kita,” katanya.
Mengulas mengenai pemilihan pelakon Hong Kong – Malaysia Jordon Voon, Don Hoe berkata sejak proses penulisan skrip lagi dia sudah terbayangkan Jordan bagi watak Pakcik Quan.
“Kami sudah bekerjasama dalam beberapa projek dan Jordon tidak pernah mengecewakan. Walaupun dia sudah bergelar pelakon antarabangsa dan menerima banyak anugerah, komitmen yang diberikan tetap 200%.
“Saya juga berterima kasih kepada semua legenda badminton negara yang sudi bekerjasama dalam Olympic Dream ini.
“Terima kasih juga kepada semua yang telah menonton Olympic Dream,” katanya.
Jangan lupa saksikan Olympic Dream di pawagam rumah anda, Astro First dengan melanggan di saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Sukan

Pearly-Thinaah Juara Terbuka Hong Kong

gempak
15/09/2024
08:10 MYT
Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Filem

Astro Shaw Rai Kemenangan Cheah Liek Hou Hadiahkan Pingat Emas Pertama Malaysia, Filem Gold Ditayang Semula Di Pawagam

gempak
03/09/2024
08:29 MYT
Jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Paris 2024 selepas muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), sekali gus menyumbang emas pertama untuk Malaysia tahun ini.