,
Laman Utama

Memandu Dari KL Ke Taiping, Bapa Teman Anak ‘First Date’ Terima Pujian Netizen - “Pergh Terbaik, Memang Sporting’

Azwa Rahman
19/10/2021
13:43 MYT
Seorang bapa menerima pujian wargamaya apabila bertindak membawa anak lelakinya keluar berjanji temu buat pertama kali dengan kekasih hati.
Menerusi platform TikTok, pengguna yang dikenali sebagai @remydamak berkongsi perjalanan membawa anak terunanya itu untuk tatapan umum.
“Anak nak jumpa buah hati pun kita hantar. First date katanya. KL to Taiping on. Apa ada hal.
“Perkenalan melalui media sosial masa PKP. Asal la dekat sangat kau cari kawan nak oii,” tulis lelaki terbabit di dalam videonya.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang daripada satu minit itu menunjukkan lelaki tersebut turut membawa anak-anaknya yang lain ke Aeon Mall, Taiping.
Anak lelakinya kelihatan berdebar menanti kehadiran kekasih hati dan membiarkan mereka menghabiskan masa di laman sebuah kedai kopi.
Malah di laman sosial Twitter, video tersebut juga tular dalam kalan penggunanya. Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memuji lelaki tersebut sebagai seorang bapa yang cukup ‘sporting’ membawa anak lelakinya bertemu dengan gadis pilihan.
@Mohamad Fikri®0003:Perhhh ayah tolong teman anak date..ayah yang terbaik ni”
@Bay Zura:Bestnya dapat abang mcm ni. Tapi budak pompuan tu mesti malu gila, first date bawak satu family.”
@SD Ain:Wahhh satu family support ni memang sporting.”
@Mohd Khairie Abdul K:Steady la bang...anak saya yang besar baru tingkatan 1, satu hari saya pun nak ikut cara abang la… terbaek bang...sanggup tu jauh-jauh...respect…”
@Hamba Allah:Kebiasaannye bila parent macam ni..anak-anak lebih terbuka untuk share masalah personal dengan dieorg… macam saya la..lebih suka share dengan my mom.”
@Bakura_GPX:Sporting mak ayah.. harap anak dia ingat jasa mak ayah dia.. anak laki kena ingat ye kita laki syurga kat ibu kita.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 45,000 tontonan daripada warga TikTok.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Wanita India Suapkan Makanan Pada Pesakit Lain Buat Netizen Sebak - “Jatuh Air Mata Aku…”

gempak
08/06/2024
01:01 MYT
Tular satu video di TikTok memperlihatkan seorang wanita berbangsa India sedang menyuapkan makanan kepada pesakit lelaki di wad di sebuah hospital.
Laman Utama

Polis Tahan Lelaki Berusia 23 Tahun Letak Vape Di Mulut Bayi

gempak
09/08/2022
03:21 MYT
Semoga bayi sihat sahaja.
Laman Utama

[VIDEO] “Macam Tu Je Dia Tarik?” - Netizen Terpesona Dengar Suara Ziana Zain 'Perform' Kedai Makan

gempak
27/07/2022
06:42 MYT
Suara Ziana Zain memang dari dulu power
Laman Utama

[VIDEO] Minat Lori Sampah, Netizen Sebak Kanak-Kanak Ini Hargai Pekerja Pembersihan - “Kerja Angkat Sampah Baik..”

gempak
02/06/2022
04:39 MYT
Pupuk minat adik ni.
Laman Utama

Berdiri Kaku Tepi Jalan, Wanita Misteri Menghantui Penduduk Cyberjaya - “Nak Tolong Tak Berani..”

gempak
11/05/2022
14:13 MYT
Ada yang berani tegur?