,
Laman Utama

“Meluatlah, Tak Bestlah, Tapi Sebenarnya…” – Tersentuh Hati... Ini Nukilan Isteri Untuk Fad Bocey,

Mya Amri
13/02/2021
12:50 MYT
Isteri pelawak Fad Bocey, Nur Syahirah A. Rahman memberikan nukilan istimewa sempena ulang tahun kelahiran suami tersayang hari ini.
Menerusi posting terbaharu akaun Instagramnya, Syahirah berkongsi momen-momen pahit manis mereka mengharungi liku-liku berumah tangga.
Menurut Syahirah, dia bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab.
“Happy birthday yang, panggilan pertama masa tahun 2015. Awal-awal baru sedar eh aku dah sayang lah dekat Fad ni.
“Perkenalan yang singkat tapi niat dia nak jadikan isteri tu sangat menyentuh hati. Terima kasih terima saya seadanya. Pahit manis yang kita lalui biarlah jadi rahsia keluarga yang kita bina.
“Mulut bila bertikam lidah selalu ucap tak bahagia, aku meluat la hg ni, hg ni tak best lah. Macam-macam yang keluar tapi MashaAllah awak lah kawan saya yang ada masa susah senang saya.
“Yang kenal buruk baik saya, yang segala rahsia tak pernah awak cerita dekat orang lain. Yang ada saat yang lain menjauh,” coretnya.
Dalam entri yang sama, Syahirah juga turut mendoakan agar segala hajat dan impian suaminya dimakbulkan Tuhan.
“Baru tersedar suami dan anak-anaklah segalanya. Moga saya lebih bersyukur selepas ni.
“Bukan cuma 13 Feb saya doakan awak. Hari-hari setiap masa setiap saat sampai la saat saya tutup mata saya.
“Doa takkan pernah terhenti ucapkan untuk awak. Moga Allah luaskan rezeki awak, lindungi awak dunia akhirat dan Allah kabulkan semua permintaan awak. Saya sayang awak Mohamad Fadzlie,” tulisnya.
Fad dan Syahirah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.
Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall dan Ibrahim Jibriel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Viral

“Saya Taktahu Macam Mana Nak Move On, Mungkin Masa Akan Mengubati..” - Teman Wanita Allahyarham Nidza Afham

gempak
19/08/2024
07:25 MYT
Selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri, teman wanita Allahyarham Nidza Afham tampil berkongsi luahan buat pertama kali berhubung pemergian kekasihnya Rabu lalu.
Hiburan

Rosyam Nor Rancang Buka Lebih Banyak ST Rosyam Mart Bermula Tahun Depan

gempak
03/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Datuk Rosyam Nor mewakili suara kebimbangan pelanggan-pelanggan ST Rosyam Mart mengenai kenaikan harga barang akibat peningkatan harga diesel.
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan Ulangtahun Buat Cucu - “Walaupun Kami Tak Dapat Jumpa..”

gempak
08/07/2024
06:00 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

"Thank You For Everything Umi" - Aliff Aziz

gempak
11/05/2024
22:09 MYT
Artis kontroversi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tampil menitipkan ucapan sempena Hari Ibu buat ibunya, Siti Hafiza Basharahil.